Butiran lanjut mengenai pemansuhan syarat i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi mempermudahkan proses kelulusan ahli membuat pengeluaran i-Sinar.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, keutamaan akan diberikan kepada mereka yang telah memohon atau permohonan sedang diproses. Ini akan melibatkan perubahan kepada sistem KWSP, yang akan mengambil sedikit masa. Masa juga diperlukan untuk membekukan transaksi buat sementara waktu.

Pihak kerajaan sentiasa peka kepada kelangsungan hidup bagi golongan rentan dan mereka yang amat terkesan dengan pandemik COVID-19. Namun diharap agar setiap ahli mampu untuk faham bahawa proses ini akan mengambil sedikit masa.






PROSES PEMANSUHAN SYARAT I-SINAR

Dikatakan pemansuhan syarat i-Sinar akan mengambil sedikit masa disebabkan :

  • Melibatkan perubahan kepada sistem KWSP
  • Masa diperlukan untuk membekukan transaksi buat sementara waktu bagi membolehkan sistem KWSP untuk mengkreditkan dividen bagi tahun 2020 ke dalam akaun ahli selepas pengumuman dividen pada hujung 5 Februari ini.


Kepada ahli yang hendak membuat pengeluaran i-Sinar tapi masih belum diluluskan diminta agar sabar menunggu maklumat dari semasa ke semasa.




PERMOHONAN I-LESTARI

Ahli KWSP yang berminat untuk membuat permohonan i-Lestari, anda masih berpeluang untuk membuat pengeluaran dari simpanan Akaun 2 berjumlah RM50 hingga RM500 mengikut keperluan.

Permohonan i-Lestari masih dibuka sehingga 31 Mac 2021.



Sebarang maklumat mengenai i-Sinar akan dikemaskini dari masa ke semasa.