Maklumat Penting Pengumuman Baharu :
- Permohonan sebelum 25 Februari akan diluluskan secara berperingkat.
- Bayaran akan mula dibuat pada 2 Mac 2021.
- Permohonan i-sinar tanpa syarat bermula pada 8 Mac 2021
- Ahli yang telah buat permohonan sebelum 25 Feb, di mana status permohonannya Sedang diproses atau Dokumen sokongan diperlukan, akan mendapat bayaran bulan pertama bermula 2 Mac 2021.
Untuk lihat maklumat penuh berkaitan pengumuman terbaru KWSP, boleh klik di sini.
Untuk pendapat anda, Kementerian Kewangan telah mengesahkan bahawa status kelulusan akan mula diberikan kepada pemohon mulai 8 Mac 2021.
Untuk mereka yang masih belum menerima pembayaran, ahli tersebut akan secara langsung diberikan bayaran peringkat pertama tanpa bayaran interim seperti mereka yang telah diluluskan Kategori 2 sebelum ini.
Bagi ahli KWSP yang masih belum membuat permohonan i-Sinar sebelum ini, dinasihatkan untuk tangguh dulu permohonan anda sehingga i-Sinar yang telah dikemaskini dilancarkan pada 8 Mac.
Rujuk gambar di bawah untuk maklumat lanjut :


Info I-Sinar Tanpa Syarat
Berikut adalah ringkasan maklumat mengenai hebahan pemansuhan ini :
- Ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun ke bawah dibolehkan untuk mengeluarkan dari simpanan Akaun 1 bergantung kepada baki sedia ada.
- Bagi yang telah memohon, permohonan anda akan diluluskan serta merta.
KWSP juga telah memaklumkan, jumlah pengeluaran Akaun 1 & jadual pembayaran 6 bulan akan kekal iaitu :
- Ahli yang ada simpanan RM100,000 ke bawah dibolehkan buat pengeluaran sehingga RM10,000.
- Ahli yang ada simpanan lebih dari RM100,000 boleh buat pengeluaran sehingga 10% daripada akaun mereka.
Pembayaran akan dibuat secara berperingkat selama 6 bulan.
Maklumat Lanjut
Untuk membaca hebahan penuh daripada YB Tengku Dato Sri Zafrul, sila baca pengemuman tersebut di bawah :
0 Comments