Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) hari ini melancarkan hab e-pembelajaran, e-LATIH yang menyediakan lebih 200 kursus latihan berasaskan pembangunan kemahiran dan pendidikan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, berkata inisiatif itu dilaksanakan bagi mendorong rakyat Malaysia menerapkan pembelajaran dan pemerolehan pengetahuan sebagai sebahagian daripada rutin harian.

Platform ini dibangunkan dengan kerjasama antara agregator e-pembelajaran antarabangsa, Go1 boleh diakses secara percuma. Ia dibangunkan bagi membantu rakyat Malaysia khususnya golongan pekerja yang terjejas akibat pandemik COVID-19.






TUJUAN E-LATIH

Penyediaan platform e-LATiH adalah bertujuan seperti berikut:

  • Memberikan akses percuma kepada lebih 200 kursus latihan yang disesuaikan dengan keperluan industri di Malaysia
  • Membolehkan rakyat Malaysia membuat persiapan untuk masa depan dengan mengakses ratusan pengisian berasaskan pembangunan kemahiran dan pendidikan
  • Mendorong rakyat Malaysia menerapkan pembelajaran dan pengetahuan sebagai sebahagian daripada rutin harian mereka



TEMPOH KURSUS

Kursus e-Latih ini akan berlangsung sepanjang tempoh 6 Februari 2021 hingga 5 Februari 2022




KURSUS DITAWARKAN

e-LATiH menyediakan 200 kursus dalam 12 bidang seperti berikut:

  • Pendigital (Digitisation)
  • Kemahiran Kewangan (Financial Skiils)
  • Kesihatan dan Keselamatan (Health & Safety)
  • Industri khusus (Industry Specific)
  • Bahasa (Languages)
  • Kepimpinan (Leadership)
  • Pemasaran dan Inovasi (Marketing & Innovation)
  • Pembangunan Peribadi (Personal Development)
  • Programming
  • Pengurusan projek (Project Management)
  • Pengaturcaraan kelestarian (Sustainability)
  • Customer Services



BAHASA YANG DIGUNAKAN

Kursus yang ditawarkan buat masa ini adalah Bahasa Inggeris. 

Lebih banyak kandungan dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa Melayu akan disediakan.




CARA DAFTAR E-LATIH

Berikut merupakan langkah-langkah untuk membuat pendaftaran e-Latih :


1. Layari laman web  elatih.hrdf.com


2. Klik Create An Account



3. Masukkan maklumat diminta dan klik CONTINUE



4. Masukkan maklumat lebih lanjut dan klik CREATE AN ACCOUNT




5. ID dan kata laluan akan dihantar melalui email



6. Login di laman elatih.com




7. Pilih mana-mana kursus latihan yang anda ingin serta.



Rakyat Malaysia terutamanya pencari kerja amat dialukan untuk membuat pendaftaran e-LATiH ini bagi meningkatkan kemahiran kerja serta memudahkan kemasukan ke alam pekerjaan kelak.