Untuk makluman, pengeluaran i-Lestari sebanyak RM500 sebulan telah berkuatkuasa pada tempoh 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021 bagi membantu ahli/pencarum untuk menampung kos sara hidup harian terutama sekali ketika pandemik covid-19 ini.

Sekiranya anda berminat untuk membuat pengeluaran i-Lestari, anda masih berpeluang untuk meembuat permohonan baru sekarang sebelum 31 Mac 2021.

Semua pencarum boleh membuat pengeluaran minimum RM50 dan maksima RM500 sebulan daripada akaun 2 KWSP tertakluk kepada baki akaun pencarum.






MAKLUMAT PENGELUARAN i-LESTARI KWSP

  • Tarikh Pengeluaran: Sehingga 31 Mac 2021
  • Jumlah Pengeluaran: RM50 sehingga RM500



CARA MEMBUAT PERMOHONAN BARU i-LESTARI

Berikut merupakan cara mudah untuk membuat permohonan baru i-Lestari secara atas talian:

  1. Layari laman web ilestari.kwsp
  2. Isikan maklumat peribadi dengan lengkap





3. Klik 'SAYA BUKAN ROBOT' (CAPTCHA)




4. Klik HANTAR


Permohonan pengeluaran anda telah berjaya dihantar


Sila pastikan maklumat yang telah diisi adalah tepat dan muktamad bagi mempermudahkan proses KWSP. Semakan status boleh dilakukan dalam tempoh 2 hari selepas permohonan telah dilakukan.




SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

Semakan status permohonan boleh dibuat dengan cara berikut:

  1. Layari laman web Semakan Status
  2. Masukkan Nombor MyKad dan Nombor Telefon
  3. Klik SEMAK
  4. Status permohonan akan dipaparkan bagi tujuan semakan





MAKLUMAT LANJUT 

Untuk keterangan lanjut tentang i-Lestari KWSP, sila layari ke laman web kwsp.com