Kami disini ingin sampaikan pesanan dan jelaskan bahawa cara memohon BPR atau Bantuan Prihatin Rakyat secara online ini hanyalah untuk golongan yang tidak pmenerima BSH, BPN, BPN 2.0 dan juga tidak pernah bayar cukai pendapatan kepada LHDN.

Baru-baru ini, Pengarah Belanjawan Negara, Johan Mahmood Merican telah membuat pengumuman bahawa pendaftaran baru Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dibuka sebelum hujung bulan Januari 2021.

Ini bagi memberi peluang kepada mereka yang layak tetapi belum mendaftar untuk memohon BPR.

Bayaran pertama BPR akan dikreditkan ke dalam akaun sebelum Hari Raya 2021 yang dijangka jatuh pada 13 Mei 2021

Baca Juga : Semakan Kelulusan BPN 2.0

Syarat Kelayakan : 

Secara ringkasnya:

  1. Sekiranya anda penerima BSH, BPN dan BPN 2.0 sebelum ini, anda tidak perlu mohon. Hanya tunggu sahaja pengumuman untuk buat semakan secara online.
  2. Sekiranya anda bukan penerima BSH, BPN dan BPN 2.0, tetapi berada dalam golongan M40 yang membayar cukai pendapatan di LHDN dan menepati kriteria kelayakan, juga tidak perlu mohon.
  3. Jika anda tidak termasuk dalan dua golongan di atas dan anda rasa diri anda perlu diberikan bantuan kerana tidak tergolong dalam golongan M40 mahupun T20, serta anda tidak pernah memohon bantuan BSH ataupun membayar cukai, sila buat permohonan baru yang tarikhnya akan diumumkan nanti.

Semakan pengesahan data akan dibuat dan bantuan secara adil akan diberikan kepada mereka yang layak.

Sila baca cara login BPR untuk Log Masuk dan terus buat permohonan Bantuan Prihatin Rakyat. Setelah selesai mohon, sila buat semakan BPR, samada diterima atau tidak.

Sedikit mengenai BPR :

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menegaskan kerajaan akan menggantikan Bantuan Sara Hidup atau BSH kepada Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR dengan kadar bantuan dan kategori pendapatan yang lebih baik.

Baca JugaBantuan Laptop Dan Internet Percuma Untuk Golongan B40


Cara Memohon :

Berikut adalah CONTOH cara mohon BPR ONLINE :

  1. Sila ke portal BPR di sini: https://bpr.hasil.gov.my
  2. Sila tekan Log Masuk
  3. Masukan id pengguna iaitu nombor myKadDi bahagian PENGGUNA, masukkan ID Pengguna
  4. ID Pengguna ialah Nombor Kad Pengenalan atau Nombor MyKad
  5. Sila semak kata kunci keselamatan anda,jika betul,klik YA
  6. Jika betul seperti yang didaftarkan di atas, klik Ya
  7. Masukkan Kata Laluan dan sila log masuk
  8. Sila semak dan lengkapkan Maklumat Pemohon
  9. Kemudian sahkan dan HANTAR permohonan

 

Jumlah amaun bayaran BPR 2021 : 

Cara mohon BPR 2021 sudah dikongsikan di atas. Bagaimana pula dengan jumlah bantuan yang bakal diterima?

#1 Isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dan mempunyai sehingga seorang anak akan menerima bantuan sebanyak RM 1,200, manakala isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM 1,800

#2 Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM 2,501 hingga RM 4,000 dan mempunyai sehingga seorang anak, bantuan BPR sebanyak RM 800 akan disalurkan, manakala isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM 1,200

#3 Kerajaan turut akan membantu kumpulan isi rumah berpendapatan bulanan antara RM 4,001 hingga RM 5,000. Kategori ini akan menerima RM500 bagi yang mempunyai sehingga seorang anak dan bantuan RM 750 kepada isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih; dan

#4 Individu bujang berpendapatan RM 2,500 ke bawah pula, akan menerima bantuan RM350. Tidak sekadar itu, had umur kelayakan individu bujang diturunkan kepada 21 tahun, berbanding syarat sebelum ini, iaitu 40 tahun.

 Pertanyaan tentang kemas kini Bantuan Prihatin Rakyat :

Tentu sekali ada yang mahu tahu lebih lanjut tentang pendaftaran, cara kemaskini BPR, semakan, rayuan dan juga permohonan baru.

Jangan risau.

Jika anda adalah salah seorang yang sudah baca cara mohon BPR, namun masih lagi ingin tahu maklumat lanjut berkenaan pendaftaran BPR, permohonan BPR, kemas kini dan lain-lain lagi, sila hubungi nombor hotline BPR di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di sini:

  • 1-800-88-2747

Alternatif lain, sila hubungi nombor hotline BPR di Kementerian Kewangan Malaysia di talian berikut:

  • 03-8882 4565
  • 03-8882 4566

Anda juga boleh cuba hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:

  • 03- 89111000