Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato’ Dr. Noraini Ahmad telah mengumumkan Bantuan Laptop dan Internet Percuma Untuk pelajar B40 pada 30 Oktober yang lepas.

Ianya adalah salah satu inisiatif kerajaan disebabkan IPTA/IPTS yang terpaksa ditutup akibat Covid-19 dan menyebabkan pelajar terpaksa meneruskan pembelajaran daripada rumah secara online.

Bantuan Laptop dan Data Internet Percuma adalah disasarkan untuk semua pelajar universiti daripada keluarga B40 oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Dengan adanya bantuan ini, pelajar dapat meneruskan sesi pembelajaran di rumah dengan selesa dan sempurna.

Baca Juga Baucar RM200 untuk Beli Barangan Elektrik Di Shopee

Cara Memohon Bantuan Laptop Percuma B40

Untuk bantuan ini, pelajar juga tidak perlu memohon. Pihak universiti akan menghubungi pelajar yang layak.

Antara jenis bantuan bagi mereka yang layak akan menerima adalah laptop percuma, pemberian wang tunai, pinjaman laptop sepanjang pengajian dan juga bantuan pinjaman kewangan istimewa bagi pelajar memperolehi laptop.

Pelajar-pelajar ini akan mula menerima secara berperingkat bermula November 2020.

Cara Memohon Bantuan Pelan Data B40

Bagi bantuan internet percuma ini, pelajar B40 tidak perlu membuat permohonan pihak HEP universiti akan menghubungi pelajar tersebut berdasarkan kelayakan.

Atau pelajar boleh terus menghubungi pihak HEP untuk menyemak kelayakan masing-masing.

Kepada yang layak, anda akan menerima bantuan dalam bentuk kad sim. Bagaimanapun, ada juga pihak universiti yang memberikan bantuan dalam bentuk wang tunai (terus ke akaun bank).

Bantuan Laptop & Internet Untuk Semua Pelajar IPT

Kepada pelajar bukan B40, jangan risau. Anda masih boleh menerima bantuan harga istimewa untuk Pelan Data dan Laptop.

Bantuan ini diberikan kepada semua pelajar UA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti.

 

Cara Mohon Tawaran Istimewa Pakej Laptop

Untuk menikmati bantuan harga laptop khas untuk pelajar IPT ini, anda hanya perlu membuat pembelian terus secara online di kedai rasmi tersebut seperti dibawah:

Cara Mohon Pakej Pelan Data Pelajar

Untuk menikmati bantuan harga istimewa ini, pelajar boleh terus ke kedai telco Celcom, Maxis atau Digi berhampiran dengan mengemukakan Kad Pengenalan dan Kad ID pelajar.

Baca Juga : Bantuan Persekolahan Sehingga RM400. Beli Kelengkapan Sekolah Tanpa Perlu Bayar

CELCOM

bantuan-ipt-celcom

MAXIS

bantuan-ipt-maxi-hotlink

DIGI

bantuan-ipt-digi

Jika anda ada sebarang pertanyaan dan masalah mengenai bantuan internet dan laptop pelajar ini, anda boleh pergi ke facebook Kementerian Pengajian Tinggi.