Bayaran Bantuan Prihatin Rakyat BPN 2.0 Fasa pertama telah dibuat bermula 19 Oktober yang lalu dan wang bantuan tersebut dimasukkan ke akaun bank penerima masing-masing.

Pada masa ini, penerima menunggu Bayaran BPN 2.0 yang akan dimulakan bayaran bermula pada 21 Januari 2021.

Bayaran BPN 2.0 Fasa kedua ini dimaklumkan oleh Menteri Kewangan menerusi laman Facebook rasmi beliau pada 24 November yang lalu. Kali ini, bayaran terbahagi kepada dua iaitu bayaran BPN 2.0 yang kedua dan bayaran permohonan baru dan rayuan BPN 2.0 pada tahun lepas.

Permohonan baharu atau rayuan BPN 2.0 bagi yang gagal pada permohonan pertama telah dibuka pada 15 Oktober sehingga 15 November 2020 lalu. 

Kepada yang telah membuat permohonan tersebut, kini anda sudah bolehh membuat semakan untuk mengetahui sama ada anda lulus ataupun tidak. 


Tarikh Boleh Membuat Semakan
Menurut Kementerian Kewangam, pemohon boleh membuat semakan kelulusan bermula pada 15 Januari 2021 (Jumaat).



Cara Membuat Semakan Keputusan Permohonan

Untuk membuat semakan status kelulusan dan maklumat bayaran BPN Fasa Kedua, sila ikuti. langkah-langkah yang dikongsikan ini:

  • Klik pautan berikut: BANTUAN PRIHATIN NASIONAL
  • Masukkan nombor kad pengenalan yang didaftarkan dan klik icon search di sebelah.
  • Masukkan kod CAPTCHA dan klik SEMAK.
  • Status kelulusan akan dipaparkan sama ada anda lulus atau gagal.
Berikut merupakan panduan untuk membuat semakan, caranya mudah sahaja 

  1. Layari portal rasmi BPN 2.0 di https://bpn.hasil.gov.my/
  2. Masukkan nombor kad pengenalan anda/pemohon.
  3. Isikan Captcha yang diminta.
  4. Status kelulusan akan dipaparkan.

SOALAN LAZIM

Apa itu BPN 2.0?
BPN baru ini merupakan bantuan tambahan untuk B40 dan M40 termasuk bujang.

Bilakah pembayaran akan dibuat?
Pembayaran BPN akan dibuat dalam dua ansurans iaitu bulan Oktober 2020 dan Januari 2021.

Bilakah tarikh pembayaran permohonan baharu BPN 2.0 akan dibuat?
Pembayaran bagi permohonan baharu BPN 2.0 akan dibuat secara sekaligus pada Januari 2021.

Bagaimanakah kaedah bayaran BPN 2.0 ini dilaksanakan?
Pembayaran BPN 2.0 adalah seperti berikut:

i. Ada akaun bank:
1) Berjaya kredit – Kredit ke akaun bank
2) Gagal kredit (akaun tidak aktif dan akaun tutup) – Tuntutan Tunai di Cawangan BSN

ii. Tiada akaun bank Tuntutan Tunai di Cawangan BSN