
Bantuan Prihatin Rakyat mula diperkenalkan ketika pembentangan Bajet 2021. Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) merupakan bantuan berbentuk wang diberikan kepada rakyat yang layak.
Bantuan ini menyasarkan semua golongan daripada B40 sehinggalah M40. Bantuan yang diberikan pula berbeza bagi setiap kategori.
Jumlah Bantuan BPR 2021
Jumlah Bantuan yang diberikan adalah seperti di bawah:
- Individu Bujang berpendapatan kurang dari RM2500: RM350
- Isi rumah pendapatan kurang dari RM2500 : RM1200 (1 orang anak), RM1800 (2 orang anak ke atas).
- Isi rumah pendapatan RM4001- RM5000 : RM500 (1 orang anak), RM750 (2 orang anak ke atas).
- Isi rumah pendapatan RM2501- RM4000 : RM800 (1 orang anak), RM1200 (2 orang anak ke atas).

Sedikit pembaharuan pada bantuan kali ini adalah, had bagi golongan bujang diturunkan kepada 21 tahun ke atas. Berbanding sebelum ini ketika BSH iaitu 40 tahun ke atas.
Baca : Semakan Kelulusan BPN 2.0
Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat 2021
Anda boleh mula membuat Permohonan BPR pada bulan Januari 2021.
Permohonan boleh dibuat pada laman web bpr.hasil.gov.my atau https://bpr.hasil.gov.my/PermohonanBPR.aspx
Permohonan baru hanya untuk mereka yang bukan penerima BSH atau BPN 2.0.
Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat
Jika anda merupakan penerima BSH atau BPN 2.0, boleh terus log masuk ke Login di sini untuk kemaskini dan semak permohonan anda.
Semakan juga boleh dilakukan pada bulan Januari 2021.
Dijangka pembayaran akan dibayar kepada penerima sebelum Aidilfitri 2021, iaiatu pada bulan April/Mei 2021.
Cara Permohonan BPR 2021

Cara membuat permohonan baru Bantuan Prihatin Rakyat 2021. Permohonan baru hanya untuk mereka yang bukan penerima BSH dan BPN 2.0.
Baca : Cara Memohon Dan Syarat Kelayakan Bantuan Prihatin Rakyat
Laman web rasmi Bantuan Prihatin Rakyat

Permohonan dibuat secara online dengan melayari laman web rasmi Bantuan Prihatin Rakyat di alamat KLIK DI SINI
Borang Permohonan (manual)

Selain secara online, ianya boleh juga dibuat secara manual dengan download borang permohonan dan hantar ke pejabat LHDN berdekatan anda.
Hadir ke pejabat

Selain 2 cara ini, permohonan boleh dibuat dengan menghadirkan diri ke
– Pejabat Cawangan LHDNM
– Pusat Khdimat Hasil (PKH) LHDNM
– Pusat transformasi Bandar (UTC) LHDNM
Hadir dengan kemukakan borang permohonan yang telah diisi.
Adakah bujang akan menerima Bantuan Prihatin Rakyat?
Ya. Bujang berumur 21 tahun ke atas.
Bilakah permohonan dibuka?
Pada Januari 2021
Berapakah jumlah pembayaran?
Lihat jadual di dalam artikel.
Bilakah pembayaran akan dibuat?
Pembayaran dibuat sebelum Hari Raya Aidilfitri 2021.
0 Comments