KERAJAAN TELAH MENGUMUMKAN KENAIKAN BANTUAN WARGA EMAS RM500 SEBULAN DARIPADA RM350 SEBELUM INI.
Bantuan Orang Tua (BOT) adalah merupakan bantuan wang ringgit sebanyak RM500 sebulan yang diberikan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada warga emas untuk meneruskan kelangsungan hidup dan kesejahteraan kehidupan dalam masyarakat.
Pihak JKM akan membuat semakan terlebih dahulu sebelum meluluskan permohonan daripada pemohon untuk memastikan hanya yang layak dan memerlukan sahaja yang menerima bantuan ini.
BACA JUGA : Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2020 Online Untuk Golongan B40 (RMR)
Syarat Kelayakan Bantuan 500 Sebulan
- Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia
- Pemohon sudah berumur 60 tahun ke atas
- Pemohon sudah tiada sumber pendapatan untuk menyara hidupnya
- Tiada ahli keluarga atau mempunyai ahli keluarga yang tidak berkemampuan untuk memberi sumbangan
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
- Tidak tinggal di mana-mana institusi yang diseliakan oleh JKM
- Tidak tinggal di pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma
Walaubagaimanapun, pemohon masih layak dipertimbangkan untuk menerima bantuan dengan kelulusan KPKM sekiranya tidak memenuhi kelayakan diatas untuk mana-mana kes yang tertentu dan berkeperluan sahaja.
Cara Memohon Bantuan Bulanan Warga Emas
Ada 2 cara untuk anda memohon bantuan ini iaitu secara online dan terus ke pejabat JKM.
Berikut adalah cara memohon bantuan warga emas RM350sebulan secara online melalui portal eBantuan JKM:
Permohonan Online Bantuan Orang Tua (BOT)
2. Klik DAFTAR PERMOHONAN ATAS TALIAN.
3. Klik DAFTAR PERMOHONAN
4. Pilih NEGERI pemohon.
5. Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN pemohon.
6. Klik DAFTAR.
7. Isikan MAKLUMAT PENDAPATAN seperti yang diminta.
8. Isikan MAKLUMAT KEPERLUAN BULANAN.
9. Klik KEPUTUSAN.
Permohonan anda sudah berjaya dihantar secara online tapi prosesnya masih belum siap.
Anda dikehendaki hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang mohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas online. Sekiranya anda gagal ke pejabat JKM, sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.
BACA JUGA : Bantuan B40 RM180 Untuk Pembelian Telefon Baru Mulai 2021
Dan sila bawa bersama dokumen berikut semasa ke pejabat JKM:
- Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon
- Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU (Jika Kategori OKU)
- Salinan penyata pendapatan / surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri)
- Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
- Laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan / swasta (bagi kes OKU tidak bekerja / terlantar / kronik / alat tiruan)
Semakan Permohonan Bantuan Orang Tua
Anda boleh melakukan semakan status permohonan anda tadi secara online sahaja.
1. Layari portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sini: eBantuan JKM
2. Klik SEMAKAN STATUS PERMOHONAN ONLINE.
3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon.
4. Ikut langkah seperti di paparan untuk melihat keputusan.
Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan mengenai permohonan jawatan kosong, anda terus boleh menghubungi pihak JKM di talian 03 – 8000 8000 atau emel di helpdesk.ebantuan@jkm.gov.my .
4 Comments
Bagus Syabas Kerajaan prihatin rakyat PN!Terimakaseh
ReplyDeleteIbu tunggal ada anak masih belajar spm ada bantuan ker
ReplyDeleteDapat ker bantuan untuk anak yg masih study
ReplyDeleteKenapa xder sarawak?
ReplyDelete