Bantuan B40 RM180 Untuk Pembelian Telefon Baru Mulai 2021


Mulai tahun hadapan, individu B40 layak memohon bantuan kredit telekomunikasi bernilai RM180.

Bantuan ini boleh digunakan untuk langganan Internet atau pembelian telefon bimbit baru.

Perkara ini diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2021 Jumaat lepas.

Ianya merupakan salah satu inisiatif di bawah Program Jaringan Prihatin bernilai RM1.5 bilion.

Selain itu, belia berumur 18-20 tahun turut layak menerima bantuan kredit RM50 ke dalam akaun dompet digital (ewallet) masing-masing.

Pemberian ini melibatkan kos RM75 juta yang akan memanfaatkan lebih 1.5 juta belia di negara kita.