9 Inisiatif Untuk Wanita & Kanak-Kanak Yang Terdapat Dalam Bajet 2021

Peruntukan RM2.584 billion kepada Kementerian Pembangunan Wanita , Keluarga dan Masyarakat dalam Belanjawan 2021 akan memberi manfaat kepada kumpulan sasar utama.

Inisiatif yang diberikan oleh kerjaan memberi satu kepuasan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kerana belanjawan ini turut memberi manfaat kepada pengusaha taska dan golongan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan serta badan bukan kerajaan.

Menteri KPWKM sangat bersyukur dengan kenaikan kadar bantuan bulanan yang akan memanfaatkan 400,000 penerima, melalui peruntukan berjumlah RM2.2 billion untuk meringankan beban golongan.
  • OKU
  • WARGA EMAS
  • PESAKIT KRONIK
  • ANAK-ANAK DARIPADA KELUARGA MISKIN SERTA PENJAGA MEREKA


9 INISIATIF UNTUK WANITA DAN KANAN-KANAK

Golongan wanita dan kanak-kanak juga tidak dilupakan kerana kerajaan turut menyediakan beberapa inisiatif kepada golongan ini seperti : 

1. MIKRO KREDIT KHAS

KUALA LUMPUR, 6 Nov  -- Sejumlah RM95 juta pembiayaan mikro kredit khas disediakan kerajaan bagi memperkasa usahawan wanita di negara ini, umum Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Berucap pada pembentangan Belanjawan 2021 di Parlimen hari ini, beliau berkata pembiayaan itu disediakan melalui Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional),  Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan AgroBank.
Tengku Zafrul berkata selain itu sebanyak RM50 juta juga disediakan di bawah Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia (YaPEIM) bagi menyokong aktiviti pembiayaan Islam melalui Ar-Rahnu BizNita.

“Program bimbingan terutama aspek pembungkusan dan pelabelan, strategi pemasaran serta bimbingan teknikal perniagaan juga akan diberikan kepada lebih 2,000 usahawan wanita melalui Program Pembangunan Perniagaan Usahawan Mikro (BizMe),” katanya.

Beliau berkata kerajaan juga akan menyediakan program khusus untuk kontraktor wanita Bumiputera bagi meningkatkan penglibatan mereka dalam kontrak kerajaan.

--BERNAMA

2. AR-RAHNU BIZNITA

Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM Parihah Hasan berkata berdasarkan data agensi itu pada tahun lalu, 64 peratus daripada lebih 8,000 penggadai adalah dalam kalangan usahawan wanita dengan jumlah gadaian sebanyak RM100 juta.

“Kita lihat semasa situasi pandemik COVID-19, ramai usahawan wanita menggunakan aset (emas) yang mereka ada untuk mendapatkan pembiayaan bagi meneruskan dan menceburi bidang perniagaan baharu.

“Jadi ia (Ar-Rahnu BizNita) datang pada masa yang tepat sejajar dengan pakej lain yang disediakan YaPEIM antaranya bimbingan perniagaan, jalinan rangkaian dan pensijilan halal bagi memperkasakan lebih ramai usahawan wanita di luar sana,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran dua produk baharu, Dinar Emas 999.9 dan wafer emas edisi Asma ‘Ul Husna yang dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Parihah berkata antara syarat yang melayakkan pembiayaan Islam Ar-Rahnu BizNita ialah perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mempunyai emas sebagai cagaran.

Mengenai pelancaran dua produk tersebut, beliau berkata Dinar Emas seberat 4.25 gram itu akan dijual pada harga pasaran RM1,250 bagi setiap keping manakala kepingan wafer emas edisi zikir Asma ‘Ul Husna dijual pada harga RM330 bergantung kepada harga emas semasa. — Bernama

“YaPEIM menyasarkan untuk mengeluarkan 5,000 kepingan dinar emas setahun dan yakin dapat menawarkan produk berkaitan emas dengan rekaan eksklusif kepada pelanggan.

“Pada masa sama, bermula bulan ini kita akan mengeluarkan dua kepingan wafer emas edisi zikir Asma ‘Ul Husna bermula dengan ‘Ar-Rahman dan Ar-Rahim’ dan ia akan dikeluarkan sehingga 99 keping secara berperingkat setiap bulan,” katanya. — Bernama


3. MIKRO BIZMI KONTRAKTOR


Program bimibingan terutama dalam aspek pembungkusan dan pelabelan, strategi pemasaran serta bimbingan teknikal perniagaan juga akan diberikan kepada leboh 2,000 usahawan wanita melalui Program Pembangunan Perniagaan Usahawan Mikro atau BizMe.


Kerajaan juga akan menyediakan program khusus untuk kontraktor wanita Bumiputera bagi meningkatkan penglibatan mereka dalam kontrak kerajaan


4. SUBSIDI UJIAN MAMMOGRAM


Sebanyak RM10 juta untuk programsaringan kanser serviks dan insentif subsidi ujian mamogram kepada wanita berisiko tinggi mendapat kanser payudara.


5. PUSAT KOMUNITI DAN NGO


Bagi meringankan kos sara hidup kumpulan B40 bandar terutama ibu bapa yang bekerja , beliau berkata, kerajaan akan menyediakan Pusat Komuniti sebagai tempat jagaan untuk anak selepas tamat sesi persekolahan.

Dengan peruntukan RM20 juta, Pusat Komuniti dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ini turut dilengkapi kemudahan penjagaan diri, kelas tuisyen , perpustakaan mini dan program bimbingan mentor

6. PROGRAM IMUNISASI PNEUMOKOKAL


Kerajaan memperuntukan sebanyak RM90 juta bagi program imunisasi pneumokokal untuk kanak-kanak di negara ini dan program itu dijangkan memanfaatkan seramai 500,000 kanak-kanak.


7. TASKA DI BANGUNAN KERAJAAN 


Dana khas berjumlah RM30 juta disediakan untuk penyediaan taman asuhan kanak-kanak di bangunan kerajaan kerajaan khususnya hospital. Ini adalah kerana petugas barisan barisan hadapan dan golongan ibu bekerjaya mengalami pelbagai kekangan untuk mendapatkan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak.

Dana sama dalam bentuk geran padanan sehingga RM20 juta akab disediakan untuk sektor swasta. Ini bagi menggalakkan mereka menyediakan pusat jagaan kanak-kanak di premis mereka.

8. PUSAT SOKONGAN SOSIAL SETEMPAT 

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM21 juta untuk membina Pusat Sokongan Sosial Setempat. Pusat ini dibina bertujuan untuk membantu para wanita yang berdepan dengan masalah keganasan rumah tangga, penceraian dan penderaan

9. KEMAS


Juga sebanyak RM170 juta diperuntukkan bagi program pendidikan awal kanak-kanak kendalian Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Peruntukan itu antara lain bagi membiayai Bantuan Makanan  Tambahan , Bantuan Per Kapita, serta penyelenggaraan dan pembaikan Taman Bimbingan Kanak-kanak dan Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA).