
PM Usul Bantuan JKM Bakal Dinaikkan Dari RM300 Kepada RM1000 sebulan Untuk Golongan B40 & Cara Memohon Bantuan JKM
Bantuan JKM ini diberikan kepada mereka yang layak sahaja selepas melalui proses siasatan untuk penilaian bagi meringankan beban penerima bantuan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.
Berikut adalah senarai bantuan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat yang anda boleh mohon buat masa ini:
1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK) – RM100 sebulan hingga RM450 sebulan sebulan
2. Elaun Pekerja Cacat (EPC) – RM400 sebulan
3. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) – RM250 sebulan
4. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT) – RM350 sebulan
5. Bantuan Orang Tua (BOT) – RM350 sebulan
6. Bantuan Am Persekutuan (BA) – RM100 sebulan hingga RM350 sebulan
7. Bantuan Anak Pelihara (BAP) – RM200 sebulan hingga RM500 sebulan
8. Bantuan Latihan Perantis (BLP) – RM200 sebulan
9. Bantuan Geran Pelancaran (GP)
10. Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT)
11. Tabung Bantuan Segera (TBS)
CARA MEMOHON BANTUAN JKM
Bagi anda yang betul-betul memerlukan bantuan ini, anda dikehendaki terus ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
Setiap permohonan yang dibuat akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
Untuk memudahkan urusan, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian:
- salinan Kad Pengenalan diri pemohon
- salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
- salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
- salinan penyata gaji (jika ada)
- lain-lain dokumen yang berkaitan
Anda boleh download borang berkaitan dibawah ini:
1. KM 18 (Borang Permohonan Bantuan) > Download
2. Borang Kemaskini Maklumat JKM 20 > Download
Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan mengenai permohonan bantuan JKM ini, anda tinggalkan komen dibawah ini.
Sila kongsikan dan sebarkan artikel ini. Semoga ia membantu lebih ramai orang yang memerlukan bantuan ini.
0 Comments