BLP 2023. Dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik termasuk golongan B40, pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai bantuan.

Perkhidmatan bantuan kewangan yang disediakan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk kumpulan sasar bagi meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.

Ramai tak tahu bahawa selain daripada bantuan JKM untuk warga emas, OKU, kanak-kanak dan miskin tegar sebenarnya pihak JKM juga ada menyediakan Bantuan Latihan Perantis (BLP).

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui maklumat lanjut Bantuan Latihan Perantis (BLP) dan cara memohon.

BANTUAN LATIHAN PERANTIS (BLP) JKM 2023

Tujuan Bantuan Latihan Perantis oleh JKM adalah:

  • Untuk membantu klien Jabatan atau anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan dan menganggur.
  • Serta bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja.

KADAR BANTUAN

Kadar bayaran yang disediakan kepada individu yang layak adalah sebanyak:

  • RM200 Sebulan Seorang

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan adalah dibuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia.
  • Anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih/bekas penghuni dari institusi kebajikan atau;
  • Kes-kes seliaan akhlak atau;
  • Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat atau;
  • Mana-mana yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

NOTA: Kelulusan adalah berdasarkan tempoh latihan dan maksimum 24 bulan.