Pembayaran STR Fasa 1 sudah dikreditkan tetapi terdapat sebilangan rakyat tidak layak. Ini adalah artikel mengenai rayuan bagi rakyat tidak layak Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebuah bantuan berbentuk kewangan yang disalurkan kepada rakyat yang berkelayakan berdasarkan pendapatan.

Tujuan utama pelaksanaan bantuan ini adalah untuk meringankan beban rakyat yang berkeperluan dan kos sara hidup yang makin bertambah.

RAKYAT TIDAK LAYAK STR FASA 1

Pemberian STR Fasa 1 mula dikreditkan secara rasmi pada 17 Januari. Walau bagaimanapun, terdapat penerima BKM 2022 tidak layak STR 2023 ini.

Sesungguhnya perkara tersebut masih menjadi pertanyaan sehingga kini kerana sebelum pembayaran dilakukan kerajaan tidak membuka akses apa-apa untuk kemas kini maklumat.

Oleh hal demikian, terdapat sebilangan rakyat yang berasa perkara tersebut tidak adil dan kecewa kerana mereka berharap sekiranya STR dikreditkan ia dapat membantu meringankan beban keluarga tetapi berlaku sebaliknya.

RAYUAN BAGI RAKYAT TIDAK LAYAK STR

Sehingga hari ini, kerajaan dan Kementerian Kewangan belum mengeluarkan apa-apa notis berkaitan tarikh rayuan bagi rakyat yang tidak layak STR.

Diharapkan pihak kerajaan menyegerakan perkara ini kerana ia sangat penting bagi setiap keluarga untuk membantu mereka dari segi kewangan. Walaupun jumlahnya hanya RM 300 tetapi dengan jumlah tersebut ia dapat membantu mereka dengan banyak.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 2

Pembayaran STR Fasa 1 sudah hampir selesai dibayar. Selepas ini, pembayaran STR Fasa 2 pula akan dilaksanakan.

Mengenai tarikh bayaran pula, pihak kami merasakan masih terlalu awal kerana sekarang masih bulan Januari.Tetapi jika diikutkan dengan jadual bayaran BKM 2022 iaitu setiap bulan, kami jangkakan pembayaran STR Fasa 2 adalah pada bulan April atau sebelum hari raya Aidilfitri.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut mengenai Sumbangan Tunai Rahmah, anda boleh terus layan laman sesawang rasmi STR. Selain itu, anda turut boleh ikut halaman Kementerian Kewangan di Facebook.