Tahukah anda bermula tahun lalu sehinggalah kini 2023, anda boleh untuk memohon permohonan rumah mampu milik seperti PPR, MyHome dan rumah transit. Permohonanan tersebut hendaklah dilakukan melalui SPRN iaitu Sistem Pengurusan Perumahan Negara.
TEDUH merupakan sebuah portal yang bertujuan untuk berkongsi maklumat dan fungsi carian berkenaan projek-projek dan program-program perumahan awam dan swasta di Malaysia.
Salah satu modul dalam portal TEDUH ialah Sistem Pengerusan Perumahan Negara atau SPRN yang berfungsi sebagai pintu ‘one-stop centre’ bagi rakyat Malaysia yang ingin memohon program perumahan di bawah seliaan Jabatan Perumahan Negara KPKT
Kami kongsikan kepada anda maklumat tentang permohonan rumah ini.
Pendaftaran Atas Talian SPRN

- Skim MyHome
- Skim Rumah PPR
- Skim Rumah Transit
- Skim SPP
Cara Memohon
A. Daftar Akaun
2. Masukkan maklumat nama, no kad pengenalan dan emel. Seterusnya, klik butang daftar.

B. Buat Pengesahan
2. Pastikan pemohon klik pautan yang berwarna biru seperti gambar di bawah untuk pengaktifan akaun dan penetapan kata laluan anda.
3. Masukkan tetapan kata laluan. Sila pastikan ruangan ‘Pengesahan Kata Laluan’ adalah sama dengan ruangan ‘Kata Laluan’. Seterusnya, klik butang simpan.
C. Log Masuk
D. Pilih Skim Perumahan
E. Maklumat Pemohon
2. Masukkan maklumat pemohon yang diperlukan dan klik butang “Simpan”. Maklumat mandatori hendaklah diisi sehingga ikon berwarna hijau.
F. Pilih Projek
G. Dokumen Sokongan
H. Pengesahan

Syarat Kelayakan
Skim MyHome
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 tahun ke atas
- Pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah. Isi rumah merujuk kepada pasangan suami dan isteri atau bujang sahaja. Pasangan sama ada suami atau isteri yang telah memiliki rumah bagi satu isi rumah adalah TIDAK LAYAK
- Pendapatan isi rumah RM10,000 ke bawah
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
- Salinan surat nikah/sijil nikah (Jika berkenaan)
- Salinan kad OKU/surat pengesahan OKU (Jika berkenaan)
- Salinan surat akuan sumpah bekerja sendiri
- Salinan surat pengesahan majikan
- Salinan penyata gaji terbaru
- Salinan penyata KWSP atau penyata cukai pendapatan
- Salinan surat pencen (Jika berkenaan)
- Salinan kad pengenalan/MyKid/sijil kelahiran
- Salinan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) pemohon dan pasangan
Skim Rumah PPR (Dimiliki & Disewa) Sewa Serendah RM124
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
- Pemohon belum memiliki rumah
- Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri
- Kerajaan turut melaksanakan PPR Dimiliki yang bertujuan untuk membolehkan golongan yang berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki rumah sendiri.
- Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.
Antara ciri-ciri rumah PPR dimiliki ialah:
- Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
- Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
- Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
- Binaan – 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
- Terdapat pelbagai kemudahan asas seperti dewan komuniti, surau, gerai makan, tadika, dan lain-lain.
- Program PPR Disewa telah diperkenalkan pada Februari 2002 bertujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran (golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan) pada kadar RM124.00 sebulan.
Skim Rumah Transit (SPRN)
Bagi rumah transit pula, anda mestilah memenuhi kriteria di bawah:
- Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia
- Pemohon telah berkahwin
- Pemohon berumur antara 18 hingga 30 tahun
- Pemohon tidak mempunyai rumah sendiri di kawasan / negeri rumah transit dipohon
- Pemohon bekerja di kawasan / negeri rumah transit dipohon
- Pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
- Tiada rekod jenayah
Skim SPP
- Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia
- Berumur 21 hingga 70 tahun
- Bekerja dan mempunyai pendapatan
- Bukan kakitangan Kerajaan atau pesara (termasuk pasangan)
- Pemohon dan pasangan belum mempunyai rumah
- Jumlah pendapatan kasar isi rumah di antara RM1,000.00 hingga RM3,000.00 sebulan
- Memiliki tanah sendiri atau tanah milik ahli keluarga terdekat
SPP diwujudkan bertujuan menyediakan kemudahan pinjaman kepada golongan berpendapatan rendah yang masih belum memiliki rumah sendiri.
Soalan Lazim
Maklumat Lanjut
Tel: 03-8891 4475/ 03-8891 4200
Emel: teduh@kpkt.gov.my
0 Comments