Khabar indah untuk semua rakyat Malaysia kerana melalui belanjawan 2021 yang lalu Dato' Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz selaku menteri kewangan Malaysia telah mengumumkan Bantuan Warga Emas atau Bantuan Kebajikan Orang Tua akan dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 seorang bagi mereka yang telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan bantuan ini masih lagi diteruskan sehingga Tahun 2022.

Bagi pendapat anda semua, bantuan warga emas Malaysia akan diuruskan oleh pihak JKM yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Tujuan utama bantuan ini diberikan kepada warga emas yang layak adalah untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

CARA MEMOHON

Untuk melakukan permohonan, sila ikuti segala langkah yang dinyatakan di bawah ini:
  • Sila layari ebantuanjkm
  • Sila klik pada butang daftar permohonan.
  • Masukkan negeri tempat tinggal dan nombor kad pengenalan.
  • Setelah selesai, klik butang daftar.
  • Dalam tempoh masa 14 hari, sila ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran dengan kawasan anda. Senarai direktori pejabat boleh dirujuk di sini - klik DI SINI
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
  • Salinan kad pengenalan diri pemohon.
  • Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama.
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada)
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan

MAKLUMAT LANJUT
 
Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan lanjut, sila hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di alamat:

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.

No. Tel: 03-8000 8000