Kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) khususnya dari golongan B40, anda kini boleh membuat permohonan Pakej PerantiSiswa. Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.



APA ITU PERMOHONAN PERANTISISWA

Inisiatif Peranti Siswa Keluarga Malaysia merupakan inisiatif untuk menyediakan peranti kepada mahasiswa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 bagi memastikan proses pengajian para mahasiswa terus terpelihara.

TARIKH PERMOHONAN PERANTISISWA

Untuk segala maklumat untuk tarikh pendaftaran dan permohonan, bila tarikh pemberian akan dikemaskinikan pada butiran di bawah ini

  • Tarikh permohonan: 15 APRIL 2022
    • Link permohonan: https://perantisiswa.kkmm.gov.my login masuk semakan 2022
    • Tarikh pemberian peranti: Bermula Jun 2022

    SYARAT KELAYAKAN PERANTI SISWA

    1. Warganegara Malaysia 
    2. Kategori B40
    3. Sedang mengikut pengajian di peringkat Diploma, Diploma Lanjutan atau Ijazah Sarjana Muda
    4. Bukan pelajar akhir pada tahun 2022
    5. Pengajian sepenuh masa
    Tidak pernah mendapat bantuan tersebut daripada kerajaan

    JENIS PERANTI YANG DIBEKALKAN PERANTI SISWA

    Peranti yang dibekalkan adalah sebuah tablet dengan spesifikasi minimum seperti berikut:
    • Skrin 10.1” Paparan FHD, 1280×800
    • Android OS 10 dan ke atas
    • 4G LTE (menyokong frekuensi LTE telco di Malaysia)
    • Minimum RAM 4GB
    • Minimum storan 64GB
    • Slot SD Micro sehingga 256GB
    • Kamera hadapan minimum 2MP
    • Kamera belakang minimu22m 5MP
    • Pembesar suara terbina dalam dan bicu audio 3.5mm untuk headset
    • Bluetooth 4.1 dan ke atas
    • WiFi 2.4GHz & 5Ghz
    • Bateri minimum 4500 mAh
    • Pengecas USB disertakan
    • Papan kekunci bluetooth disertakan
    • Pen stylus disertakan.




    CARA PERMOHONAN PERANTISISWA
    Permohonan boleh dibuat menerusi laman web rasmi di https://perantisiswa.kkmm.gov.my mulai 15 April 2022, pukul 8.00 pagi.
    Anda boleh merujuk Manual Pengguna Peranti siswa https://perantisiswa.kkmm.gov.my/manualsistem/ManualPenggunaPerantisiswa.pdf

    NOTA: Peranti akan diberikan secara Konsep Guna Pakai (KGP) kepada mahasiswa dan perlu diserahkan semula setelah tamat pengajian atau dalam tempoh yang ditentukan oleh Pentadbir Program.



    CARA SEMAKAN STATUS PERANTISISWA

    Pemakluman keputusan akan dibuat melalui e-mel kepada pemohon yang berjaya.



    TARIKH PENERIMAAN INISIATIF PERANTI SISWA

    Peranti Siswa dijangka mula diagihkan kepada mahasiswa seawal bulan Jun 2022.



    MAKLUMAT LANJUT

    Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif Peranti siswa, anda boleh merujuk soalan lazim di pautan ini: https://perantisiswa.kkmm.gov.my/faq.php



    ARTIKEL LAIN

    PERMOHONAN LAPTOP TABLET PERCUMA PELAJAR IPT B40 (PerantiSiswa)