Kerajaan telah membenarkan untuk Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 untuk ahli.

Menyambut baik pengumuman Perdana Menteri itu, orang ramai berterima kasih dan berpendapat pengeluaran khas berkenaan tepat dengan hasrat serta keperluan rakyat ketika ini.

PERINCIAN PENGELUARAN KHAS KWSP RM10,000

Lanjutan daripada pengumuman yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan pengeluaran khas sebanyak RM10,000 untuk ahli yang masih terkesan dengan pandemik.

Maklumat lanjut mengenai kaedah permohonan pengeluaran ini dan mekanisme pembayaran akan dimaklumkan oleh KWSP dalam masa terdekat.

Berikut dikongsikan sedikit perincian rasmi yang dimaklumkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebentar tadi.

Portal Pengeluaran Khas KWSP 2022 Akan Dibuka Mulai 1 April

Portal Pengeluaran Khas KWSP kini dibuka untuk memudahkan pemohon membuat pengeluaran maksimum sebanyak RM10,000 seperti yang diumumkan.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Pengeluaran_Khas yang dimuatnaik di Portal berkenaan.

Perincian Pengeluaran_Khas maksimum RM10,000 KWSP:

  • Permohonan terbuka untuk ahli KWSP bawah 55 tahun
  • Tarikh permohonan online 1 April hingga 30 April 2022
  • Semakan status kelulusan bermula 9 April 2022
  • Tempoh bayaran bermula 20 April 2022
  • Jumlah pengeluaran KWSP maksimum RM 10K, minimum RM50
    • Jumlah pengeluaran tertakluk kepada baki Akaun 2 (Akaun 1 boleh diakses jika tidak cukup)

Tarikh Permohonan

1 April – 30 April 2022

Cara Permohonan

Permohonan Pengeluaran_Khas KWSP boleh dibuat menerusi portal http://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/ atau menerusi aplikasi mudah alih i-Akaun bermula 1 April hingga 30 April 2022.

Tarikh Pembayaran

Pembayaran akan dibuat bermula 20 April 2022

Kaedah Pembayaran

Pembayaran akan dibuat secara satu kali bayaran sahaja (single payment).

Amaun Pengeluaran
  • Pengeluaran minimum : RM50
  • Pengeluaran maksimum : RM10,000
  • Amaun pengeluaran minimum RM50, amaun maksimum RM10,000 tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2. Jika tidak mencukupi, Akaun 1 akan digunakan.
  • Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.
  • Pembayaran dibuat dalam satu bayaran sahaja (single payment) mulai 20 April 2022.
  • Pembatalan permohonan dan pindaan amaun tidak dibenarkan.
  • Bayaran Pengeluaran_Khas diberikan keutamaan berbanding pengeluaran lain.

*Tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2. Jika tidak mencukupi, simpanan Akaun 1 akan diakses.

Syarat Kelayakan
  • Ahli KWSP berumur bawah 55 tahun
  • Warganegara dan bukan warganegara termasuk pemastautin tetap
  • Mempunyai jumlah simpanan KWSP sekurang-kurangnya RM150

Persediaan Permohonan Pengeluaran Khas KWSP

Sementara itu, ahli digalakkan untuk mendaftar i-Akaun bagi memudahkan permohonan dan semakan baki.

Pastikan:

  • Nombor telefon bimbit terkini berdaftar dengan KWSP
  • Baki simpanan KWSP disemak
  • Nombor akaun bank adalah aktif (Simpanan atau Semasa)
  • Akaun di atas nama ahli sendiri dan bukan akaun bersama atau akaun syarikat

Ahli juga diingatkan agar permohonan pengeluaran ini dimohon melalui Portal Pengeluaran_Khas KWSP yang akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

pengeluaran khas kwsp
Sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) Pengeluaran_Khas KWSP dalam senarai di bawah:
Mengapakah Pengeluaran Khas diperkenalkan?

Pengeluaran Khas adalah bertujuan untuk membantu ahli KWSP membiayai keperluan dan menampung komitmen kewangan bagi menghadapi cabaran dalam tempoh Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ sementara ekonomi negara pulih daripada pandemik COVID-19.

Siapakah yang layak memohon?

Ahli KWSP yang berumur di bawah umur 55 tahun, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan
Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.

Bolehkah ahli yang telah memohon i-Lestari, i-Sinar dan/atau i-Citra sebelum ini memohon Pengeluaran Khas?

Ya, ahli yang telah memohon i-Lestari, i-Sinar dan/atau i-Citra sebelum ini layak memohon Pengeluaran Khas, tertakluk kepada baki Akaun 1 dan Akaun 2, dan amaun kelayakan.

Bolehkah ahli yang merupakan anggota perkhidmatan awam dan berada dalam skim perkhidmatan berpencen memohon Pengeluaran Khas?

Anggota perkhidmatan awam boleh memohon Pengeluaran Khas. Walau bagaimanapun, mereka berisiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kelak.