PUTRAJAYA – Pembayaran Fasa 1 Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) melibatkan 8.6 juta penerima dengan peruntukan sebanyak hampir RM2 bilion akan dibuat secara berperingkat mulai 28 Mac ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penerima BKM akan menerima bayaran sebanyak RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan mereka.

Katanya, golongan penerima merangkumi 4.0 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas bukang ataupun tiada pasangan serta 3.4 juta individu bujang.

“Setiap penerima yang layak akan menerima bayaran secara berperingkat mulai 28 Mac 2022 melibatkan peruntukan berjumlah hampir RM2 bilion.

“Pembayaran ini juga bagi meringankan beban kewangan rakyat terutamanya dalam menyambut bulan Ramadan 1443 Hijrah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata, bagi memastikan program BKM disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 2 Mei depan untuk tempoh sebulan.Beliau menjelaskan, proses itu adalah bagi mempertimbangkan semula permohonan yang tidak diluluskan dengan memberi ruang untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Kerajaan sentiasa peka dengan keperluan semasa dan akan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia terutamanya kumpulan sasar,” katanya.

BKM adalah sebuah inisiatif bantuan tunai langsung yang diumumkan kerajaan di dalam Belanjawan 2022 bagi memanfaatkan golongan B40.

Bagi isi rumah, warga emas dan individu bujang, pembayaran akan terus dikreditkan ke akaun bank mereka bermula 28 Mac hingga 8 April depan.

Penerima yang tidak mempunyai akaun bank termasuk di Sabah dan Sarawak pula akan menerima bantuan tersebut pada 30 Mac ini menerusi cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).


Semakan Status BKM Fasa 1

Bagi yang telah membuat permohonan baharu atau kemaskini maklumat, berikut dikongsikan cara membuat semakan status permohonan di laman web myBKM.

Sila rujuk langkah di bawah:

  1. Layari Portal Rasmi Semakan Status Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di pautan ini : https://bkm.hasil.gov.my.
  2. Klik [LOG MASUK BKM].
  3. Untuk makluman anda, jika anda sebelum ini merupakan penerima atau pernah memohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) anda boleh semak menggunakan Kata Laluan Bantuan BPR. Jika anda tidak pernah memohon dan tidak pernah daftar, sila Klik [Permohonan Baharu] di Laman Utama myBKM untuk Semak dan Pendaftaran baru.
  4. Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di kotak NO MYKAD/ID PENGGUNA.
  5. Klik [Semak].
  6. Buat pengesahan iaitu “Adakah ini kata kunci keselamatan anda?”.
  7. Klik [Ya] jika kunci keselamatan anda betul.
  8. Sila masukkan Kata Laluan anda.
  9. Klik [Log Masuk].
  10. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal Bantuan Keluarga Malaysia (myBKM).
  11. Klik Menu [Semakan Status].
  12. Maklumat Semakan BKM akan dipaparkan di ruangan ini.
  13. Status Permohonan anda sama ada Permohonan di Terima / Tiada Dalam Rekod / Lulus atau Tidak akan dipaparkan di Semakan Status.
  14. Maklumat Pembayaran iaitu Jumlah Bayaran Bantuan yang anda akan terima dan juga Tarikh Pembayaran atau Kredit ke akaun anda akan dipaparkan apabila pihak LHDN selesai memproses maklumat pemohon.
Terlupa Kata Laluan

Tak boleh login?

Berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan jika mengalami masalah terlupa password BKM tersebut:

  1. Layari laman web BKM di pautan : https://bkm.hasil.gov.my/. Klik “Log Masuk BKM”
  2. Klik “Terlupa Kata Laluan”
  3. Masukkan nombor MyKad 12 digit dan klik “Semak”.
  4. Masukkan e-mel yang didaftarkan & klik “Seterusnya”.
  5. Semak sekiranya kata kunci keselamatan adalah betul, kemudian klik “Ya”.
  6. Jawab soalan keselamatan yang diberikan dan klik “Seterusnya”.
  7. Masukkan kata laluan dan baru dan pengesahan kata laluan. Kemudian, klik “Tukar Kata Laluan”.
  8. Anda akan menerima notifikasi Penukaran ID pemohon telah berjaya.
Tarikh Bayaran BKM Fasa 1

Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia ini akan dilaksanakan 4 kali setahun.

Tarikh rasmi pembayaran pertama dijangka bermula pada bulan 28 Mac 2022.

Sila rujuk jadual berikut:

TERKINI: Jadual Pembayaran BKM 2022

Fasa 1 : 28 Mac 2022 (dikemaskini)

  • Isi rumah
  • Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
  • Bujang
    Jumlah Bayaran BKM Fasa 1 – Fasa 4

    Pembayaran BKM akan dilaksanakan 4 kali setahun dan tarikh pembayaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa

    Jumlah bayaran yang akan diterima oleh pemohon Bantuan Keluarga Malaysia yang layak mengikut kategori adalah seperti berikut:

    bkm fasa 1
    Sumber: https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bkm.html

    Kadar tambahan hanya diberikan kepada penerima isi rumah seperti berikut:

    • Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau
    • Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas
    bkm fasa 1
    *Nota: Isi rumah berkenaan hanya layak menerima salah satu kadar tambahan sahaja.

    Buat masa ini jumlah bayaran bagi setiap fasa belum diumumkan. Maklumat ini akan dikemaskini setelah mendapat info sahih dari pihak LHDN.

    Kaedah Pembayaran

    Pembayaran BKM adalah seperti kaedah pembayaran BPR 2021 / BKC sebelum ini:

    A) Bagi Penerima Yang Ada Akaun Bank

    • Berjaya Kredit
      • Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.
    • Gagal Kredit
      • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
      • Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.

    B) Bagi Penerima Yang Tiada Akaun Bank

    • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
    • Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.
    Maklumat Lanjut / FAQ

    Untuk maklumat lanjut tentang BKM, sila rujuk lampiran Soalan Lazim dari LHDN di bawah:

    Bilakah pendaftaran BKM 2022 akan dibuka?

    Pendaftaran bermula pada 01 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022 (tertakluk kepada perubahan).

    Bagaimanakah cara membuat Permohonan BKM 2022?

    Anda boleh membuat Permohonan BKM 2022 seperti berikut:

    i. Permohonan Secara Dalam Talian
    Permohonan BKM 2022 boleh dibuat di:
    a. Portal Rasmi BKM LHDNM, https://bkm.hasil.gov.my; atau
    b. Aplikasi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan memuat turun di Play Store /
    App Store pada telefon bimbit

    ii. Permohonan Melalui Borang
    Borang Permohonan BKM 2022 (BK-01) boleh didapati secara percuma di:
    a. Portal Rasmi BKM LHDNM; atau
    b. Cawangan LHDNM / Pusat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM /
    Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM

    Apakah dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat permohonan?

    Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / anak (jika berkaitan) yang perlu
    dikemukakan adalah seperti berikut:
    i. Pemohon:
    a. Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
    b. Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
    c. Sijil Perceraian (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
    d. Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah
    e. Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
    ii. Pasangan:
    a. Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
    b. Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan
    iii. Anak:
    a. Anak Kandung
    – Salinan MyKad / MyKid; dan
    – Salinan Sijil Lahir
    b. Anak Angkat
    – Salinan MyKad / MyKid; dan
    – Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN
    Borang Serahan Dokumen Sokongan BKM 2022 (BK-04) perlu diisi semasa mengemukakan dokumen sokongan berkenaan ke LHDNM ATAU boleh memuatnaik ke sistem BKM semasa permohonan secara dalam talian.

    Saya telah menghantar permohonan BKM 2022.
    Sekiranya ada perubahan maklumat,
    adakah saya masih boleh membuat kemas kini permohonan?

    Ya. Kemas kini maklumat boleh dibuat sebelum tarikh tutup permohonan pada 31 Januari 2022.

    Saya telah menghantar Borang Permohonan BKM 2022 ke cawangan LHDNM.
    Adakah saya boleh mengemas kini semula permohonan secara dalam talian?

    Tidak. Kemas Kini secara dalam talian tidak dibenarkan sekiranya Permohonan Baharu /
    Kemas Kini yang dihantar ke Cawangan / PS / PKH / UTC LHDNM tersebut telah diproses
    oleh LHDNM.
    Oleh itu, sebarang kemas kini permohonan BKM 2022 selanjutnya perlu dikemukakan ke
    cawangan / PS / PKH / UTC LHDNM dengan mengisi Borang Permohonan BKM 2022 (BK01) semula.

    Sekiranya saya tidak mengemaskini permohonan BKM 2022 sepanjang tempoh permohonan dibuka, adakah saya layak BKM 2022?

    Sekiranya anda tidak hadir untuk kemas kini, permohonan di portal BKM 2022 anda akan diproses berdasarkan maklumat sedia ada iaitu berdasarkan data BPR 2021 atau BKC dan
    kelayakan BKM 2022 adalah berdasarkan keputusan proses semakan maklumat berkenaan.

    Bilakah bayaran BKM Fasa 1 akan dikreditkan?

    Bayaran BKM fasa 1 dijangka akan diterima bermula bulan Mac 2022.

    Bilakah bayaran BKM Fasa 2 akan diterima?

    BKM Fasa 2 dijangka akan diterima pada Jun 2022.

    Bilakah BKM Fasa 3 akan dikreditkan?

    Bayaran BKM Fasa 3 akan dibayar pada September 2022.

    Bilakah bayaran BKM Fasa 4 akan dibuat?

    Bayaran BKM Fasa 4 dijangka akan diterima pada Disember 2022.

    Berapa kalikah bayaran BKM akan diterima?

    Bayaran BKM akan dibuat sebanyak 4 kali.

    Berapakah jumlah bayaran BKM yang akan diterima oleh kategori Bujang?

    RM350

    Berapakah jumlah bayaran BKM yang akan diterima oleh kategori warga emas?

    RM600 : Warga emas bujang / tiada pasangan
    RM900 – RM2300 : Isi rumah berstatus warga emas

    Rujuk jadual di bawah:

    bayaran bkm tambahan

    NOTA:

    Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas

    *Nota: Isi rumah berkenaan hanya layak menerima salah satu kadar tambahan sahaja.

    Berapakah jumlah bayaran BKM yang akan diterima oleh kategori keluarga / berkahwin?


    Penerima BKM Isi Rumah (kategori berkahwin / keluarga) akan menerima bayaran sebanyak RM1000 – RM3000, bergantung kepada jumlah pendapatan dan bilangan anak serta kadar tambahan.

    Sila rujuk jadual di bawah:

    bayaran bkm tambahan

    NOTA:
    Kadar tambahan akan diberikan kepada penerima isi rumah seperti berikut:

    Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau

    Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas

    *Nota: Isi rumah berkenaan hanya layak menerima salah satu kadar tambahan sahaja.

Sila rujuk makluman terkini tentang bayaran BKM melalui pautan https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bkm.html