SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Kerajaan sekiranya berminat untuk permohonan MySalam Individu berumur antara 18 tahun sehingga 65 tahun dan pasangan
  • Individu berumur antara 40 tahun sehingga 65 tahun serta berpendapatan tahunan kurang RM 24,000
  • Individu Orang Kurang Upaya berumur 18 tahun sehingga 65 tahun serta berpendapatan tahunan kurang RM 24,000


MANFAAT MYSALAM

Pelbagai manfaat yang akan diterima oleh para pemohon yang termasuklah 
  • menerima bayaran RM 8,000 yang diagihkan dalam masa yang ditetapkan
  • menerima bayaran harian untuk tempoh 14 hari setahun pada kadar RM 50 sehari atau RM 700 setahun

    CARA MOHON MYSALAM

    Untuk pengetahuan pembaca, permohonan MySalam tidak perlu dimohon. Ini kerana semakan akan dilaksanakan secara automatik dengan menggunakan data bantuan seperti data BPR dan BKC.

    Berikut ialah panduan untuk membuat semakan sama ada anda layak untuk menerima MySalam
    1. Penerima BPR/BKM B40 layak secara automatik dan akan terus dimasukkan ke dalam sistem MySalam
    2. Semakan kelayakan boleh dibuat melalui portal rasmi MySalam : https://www.mysalam.com.my/b40/info/
    3. Semua penerima yang layak akan dimaklumkan menggunakan sistem SMS bermula 1 Mac 2019
    4. Tetapi sekiranya anda tidak menerima SMS tersebut, anda boleh hantar e-mel di info@mysalam.com.my atau hubungi talian 1-300-888-938

    SENARAI PENYAKIT YANG BOLEH MENERIMA RM 700

    Berikut merupakan senarai 45 jenis penyakit yang anda boleh tuntut dengan MySalam berjumlah RM 700 atau RM 8,000.

    Jika terdapat saudara, kenalan atau anda yang dalam kategori B40 mempunyai penyakit seperti di bawah, ini bermaksud anda layak untuk menerima MySalam 
    1. Penyakit Alzheimer
    2. Angioplasti
    3. Meningtis Bakteria
    4. Tumor Otak Benign
    5. Buta
    6. Pembedahan Otak
    7. Kanser
    8. Kardiomiopati
    9. Anemia Aplastik Kronik
    10. Koma
    11. Pembedahan Pintasan Arteri Koronari
    12. Pekak Kekal
    13. Ensefalitis
    14. Kegagalan Hati Tahap Akhir
    15. Penyakit Paru-Paru Tahap Akhir
    16. AIDS Gejala Penuh
    17. Hepatitis Viral Fulminan
    18. Serangan Jantung
    19. Pembedahan Injap Jantung
    20. Jangkitan HIV Melalui Transfusi Darah
    21. Kegagalan Buah Pinggang
    22. Kehilangan Upaya Hidup Sendiri
    23. Hilang Keupayaan Bertutur
    24. Trauma Kepala Major
    25. Transplan Organ Utama
    26. Penyakit Neuron Motor
    27. Sklerosis Multipel
    28. Distrofi Otot
    29. Kelumpuhan Anggota
    30. Penyakit Parkinson
    31. Hipertensi Arteri Pulmonari Primer
    32. Penyakit Arteri Koronari Serius
    33. Strok / Angin Ahmar
    34. Pembedahan Aorta
    35. Lupus Eritematosus Sistemik
    36. Kelecuran Tahap Tiga
    37. Virus HIV Dijangkita melalui Pekerjaan
    38. Penyakit Terminal
    39. Penyakit Sistik Medular
    40. Sindrom Apallic
    41. Poliomielitis
    42. Skleroderma Progresif
    43. Keradangan Pankreas 
    44. Penyakit Untut
    45. Penyakit Lembu Gila

    MAKLUMAT LANJUT

    Sebarang maklumat lanjut berkaitan MySalam atau senarai penyakit di atas, anda boleh terus rujuk portal rasmi MySalam di
  • Untuk pertanyaan yang lebih lanjut :

     

    CALL : 1-300-88-8938
    Email : info@mysalam.com.my