Kerajaan Negeri Sembilan memperuntukkan dana bagi membantu pelajar IPT mendaftar ke tahun pertama di Peringkat Pengajian Tinggi. Bantuan Kewangan Ke IPT merupakan sumbangan one-off kepada pelajar atau keluarga pelajar yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM4,000.

Bantuan kewangan ini adalah disediakan buat semua anak Negeri Sembilan yang sedang dalam pengajian tahun pertama di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Sijil. Pemohon diminta untuk hantar borang permohonan dan dokumen berkaitan ke alamat yang disediakan.






KADAR BANTUAN

Kadar bantuan yang akan diterima mengikut peringkat pengajian adalah seperti berikut:


1. Ijazah Sarjana Muda: RM1000

2. Diploma: RM750

3. Sijil: RM500



SYARAT KELAYAKAN


1. Pemohon adalah anak Negeri Sembilan yang menetap di Negeri Sembilan.

2. Pemohon hendaklah memohon dalam tempoh tahun pertama pengajian.

3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,000.00.

4. Pemohon hendaklah menggunakan borang PK-PSUKNS-31 dan pemohon WAJIB mengisi semua maklumat yang diperlukan.

5. Bagi pemohon yang merupakan anak peneroka FELDA sahaja; pemohon adalah diwajibkan untuk mengisi Borang Pengesahan Kelayakan Bantuan Pendidikan FELDA.

6. Borang permohonan hendaklah disahkan oleh yang berikut sahaja:

a) YB ADUN / Ahli Parlimen atau Pegawai Penyelaras DUN;atau
b) Penghulu; atau
c) Pengerusi MPKK/KRT/Taman



CARA PERMOHONAN

Permohonan boleh dibuat melalui beberapa kaedah berikut:


1. Melalui aplikasi telefon pintar N9.DIGITAL; atau

2. Laman web https://www.n9.digital



Sediakan dokumen sokongan

  • Salinan kad pengenalan pemohon DAN ibu bapa ATAU penjaga;
  • Salinan Sijil Kematian ATAU Perceraian jika berkenaan;
  • Salinan penyata gaji ATAU pengesahan pendapatan ibu bapa ATAU penjaga;
  • Salinan surat tawaran ke IPT yang berkenaan DAN pengesahan pendaftaran ATAU bayaran yuran pendaftaran ATAU surat pengesahan pengajian;
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah Rendah ATAU Menengah; Pengesahan Kelayakan Bantuan Pendidikan FELDA khususnya bagi anak peneroka FELDA DAN hendaklah disahkan oleh Pengurus Felda Kawasan.


Permohonan mestilah diisi oleh pelajar sendiri. Sebarang pertanyaan boleh diajukan terus ke talian 06 7659936 /31 @ 06 7659784 /85

Sila muat turun borang permohonan berkaitan dibawah :