Jawatan Terkini. Tawaran ini adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi permohonan kekosongan jawatan di Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk memohon tawaran yang ditawarkan, sila baca dan fahami dengan teliti kehendak bakal majikan sebelum memohon.

Akan dikongsikan maklumat-maklumat berkaitan dengan tawaran kekosongan jawatan dibawah.






MAKLUMAT JAWATAN

Pegawai Tadbir N41


Kumpulan Perkhidmatan: Kontrak untuk perkhidmatan
Bayaran Perkhidmatan: RM3,183.43 sebulan
Tempoh perkhidmatan: 2 tahun



SYARAT KELAYAKAN

1. Warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

2. Memiliki kelayakan ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

3. Memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.



CARA PERMOHONAN

Kepada calon yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, sila buat permohonan dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan secara dalam talian di Portal Rasmi berikut:


Pemohon tidak perlu mengemukakan salinan permohonan secara pos kepada pihak MQA dan permohonan secara pos tidak akan diterima. Permohonan yang lewat, tidak lengkap dan tidak mengikut syarat lantikan akan ditolak.


Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi talian berikut:


Unit Perjawatan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia: 03 8688 3714/ 3619/ 3620
Unit Pembangunan Sistem, Bahagian Teknologi Maklumat: 03 8699 1912