Pada 19 Disember 2021 yang lalu, Perdana Menteri telah membuat sidang media bagi mengumumkan bantuan-bantuan atau kemudahan yang akan disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir melalui Bantuan Bencana Banjir.

Pihak kerajaan telah mengambil tindakan segera demi menyelamatkan nyawa dan membantu rakyat ketika dalam kesusahan. Ramai penduduk yang terjejas dari pelbagai aspek berikutan bencana yang berlaku di luar jangka tersebut.






KADAR BANTUAN

Kepada setiap Ketua Isi Rumah yang terlibat akan mendapat bantuan one-off BWI sebanyak:

  • RM1,000


SYARAT KELAYAKAN

1. BWI hanya diberikan kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) warganegara Malaysia sahaja

2. Setiap permohonan hendaklah disahkan oleh Pegawai Daerah bahawa mangsa adalah benar-benar terjejas dengan bencana banjir yang dimaksudkan

3. Hanya 1 rumah sahaja yang terlibat layak untuk mendapat sekali BWI tanpa mengira isi rumah/ keluarga

4. Kelayakan BWI Bencana Banjir hanya diberikan sekali dalam tempoh musim bencana yang telah diisytiharkan. Sekiranya bencana berlaku melebihi daripada sekali dalam tempoh bencana, maka tiada bantuan kedua, ketiga atau seterusnya akan diberikan

5. Pemohon yang tidak berpindah ke PPS juga layak untuk mohon, tetapi perlu mendaftar dengan Ketua Masyarakat seperti penghulu, ketua kampung dan MPKK/ JPKK



CARA PERMOHONAN 

Untuk makluman.  permohonan Bantuan Wang Ihsan boleh dilakukan :

  • Melalui Pejabat Daerah masing-masing; Atau
  • Bagi yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Ketua Isi Rumah (warganegara Malaysia sahaja) boleh merujuk kepada petugas PPS masing-masing
  • Bagi yang tidak berpindah ke PPS, Tuan/ Puan perlu memohon kepada Ketua Komuniti/ Pegawai Daerah masing-masing


Dokumen sokongan

  • Mereka yang mendaftar ke PPS (dengan kad pengenalan) tidak perlu membuat permohonan. Permohonan mereka akan terus diuruskan oleh pihak JKM
  • Mereka yang berdaftar ke PPS (tanpa kad pengenalan) perlu mendaftar dengan ketua-ketua masyarakat
  • Mereka yang tidak berpindah ke PPS, perlu mendaftar dengan ketua-ketua masyarakat


Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada pengesahan Pegawai Daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD). Tiada sebarang permohonan online dibuka untuk bantuan ini.



MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi Pejabat Daerah/ PKOB Daerah masing-masing di talian berikut: