Bank Simpanan Nasional (BSN) dijangka meluluskan sebanyak 20,000 permohonan bagi skim pembiayaan BSN MyRinggit-i Banjir yang ditawarkan kepada mangsa banjir yang berlaku baru-baru ini. Kemudahan pembiayaan tanpa faedah ini adalah mensasarkan untuk meringankan sedikit beban mereka yang ditimpa banjir.

MyRinggit-i Banjir merupakan salah satu inisiatif yang diumumkan oleh kerajaan dan pembiayaan peribadi dengan ciri-ciri mudah yang ditawarkan BSN untuk meringankan beban mangsa bagi membeli peralatan dan kelengkapan rumah yang musnah.





MAKLUMAT PEMBIAYAAN

Skim Pembiayaan BSN MyRinggit-i Banjir

Nama institusi bank: Bank Simpanan Nasional (BSN)
Kadar pembiayaan: Sehingga RM5,000
Tempoh pembiayaan: 3.5 tahun



KELEBIHAN BSN MYRINGGIT-i BANJIR

Antara kelebihan pembiayaan BSN MyRinggit-i Banjir adalah:


1. Pembiayaan TANPA FAEDAH

2. Moratorium enam bulan pertama ke atas pembayaran ansuran bulanan diberikan

3. Permohonan dibuka kepada mereka yang terkesan di seluruh negara

4. Proses kelulusan yang cepat


BSN bukan sahaja menawarkan skim pembiayaan mudah dengan kelebihan-kelebihan tersebut, BSN juga turut menawarkan kemudahan berikut:


1. Penangguhan ansuran bulanan pembiayaan termasuk kemudahan pembiayaan, pinjaman peribadi, perumahan, sewa beli dan kad kredit untuk pelanggan individu serta pembiayaan  dan pinjaman kepada perusahaan mikro yang terkesan akibat banjir

2. Pengecualian caj diberikan untuk perkhidmatan penggantian kad debit dan kad kredit BSN yang hilang atau rosak semasa banjir.



TARIKH PERMOHONAN 

Permohonan skim pembiayaan BSN MyRinggit-i Banjir adalah dibuka pada:

  • Mulai 27 Disember 2021


CARA PERMOHONAN

Untuk makluman anda, proses permohonan AKAN DIMAKLUMKAN sebelum tarikh 27 Disember 2021 dan permohonan Skim BSN MyRinggit-i Banjir ini AKAN DIKEMASKINI dari masa ke semasa.


Permohonan itu dibuka kepada mereka yang terkesan di seluruh negara, tidak terhad kepada yang berada di Lembah Klang sahaja. Proses menilai dan meluluskan permohonan skim pembiayaan ini juga akan diberi keutamaan dan dilakukan secepat mungkin.


Pelanggan BSN dinasihatkan sentiasa menyemak notis pemberitahuan penutupan cawangan bank disebabkan banjir yang dikemas kini dari semasa ke semasa.