Pelepasan cukai untuk percutian dalam negara ini merupakan salah satu bantuan yang diberikan oleh kerajaan pada tahun 2020 di dalam Pakej Ransangan Ekonomi bagi membantu memulihkan semula ekonomi rakyat dan negara akibat wabak Covid-19. 

Terkini, kerajaan meneruskan pemberian pelepasan cukai pendapatan pelancongan domestik sehingga tahun 2022. Sila simpan resit percutian anda dan tuntut pelepasan cukai pendapatan ini nanti.






INSENTIF PELEPASAN CUKAI UNTUK SEKTOR PELANCONGAN

Insentif pelepasan cukai bagi percutian adalah seperti berikut:


1. Pelepasan cukai pendapatan pelancongan domestik dilanjutkan hingga 2022

2. Pengecualian duti hiburan ke atas aktiviti hiburan termasuk taman tema dan panggung wayang di semua Wilayah Persekutuan dan pengecualian cukai pelancongan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2022.

3. Pihak negeri juga disarankan memberi pengecualian duti hiburan bagi menyokong pemulihan sektor ini



PENGECUALIAN CUKAI UNTUK PERCUTIAN

Pelepasan khas cukai pendapatan sehingga RM1,000 diberi kepada individu pemastautin untuk perbelanjaan melancong dalam negara sehingga tahun 2022.


Perbelanjaan yang layak bagi pelepasan cukai adalah seperti berikut:

  • Bayaran bagi penginapan di premis penginapan pelancong yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia; dan
  • Bayaran masuk ke pusat tarikan pelancong

Dinasihatkan untuk simpan sahaja SEMUA resit semasa percutian bagi memudahkan proses pelepasan cukai pendapatan dituntut.



TIKET PENGANGKUTAN

Untuk makluman, tiket penerbangan atau sebarang pengangkutan untuk pergi bercuti tidak boleh dapat pelepasan cukai. 

Pengecualian cukai ini dapat membantu rakyat mendapatkan pulangan daripada segi pengecualian cukai setelah membantu menjana semula ekonomi dengan aktiviti pelancongan.