Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan peruntukan tambahan bagi Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar (TPRF) berjumlah RM2 bilion serta penubuhan Kemudahan Bantuan Bencana (DRF) sebanyak RM200 juta.

DRF ditubuhkan dengan matlamat untuk mengurangkan beban kewangan dan membantu memulihkan operasi perniagaan PKS yang terjejas akibat banjir baru-baru ini di daerah yang dikenal pasti oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara sebagai kawasan bencana banjir.


BACA JUGA :



TUJUAN PEMBIAYAAN

Pembiayaan DRF 2022 disediakan bertujuan untuk:


1. Membaiki dan/atau menggantikan aset untuk kegunaan perniagaan (cth: loji dan mesin) yang telah rosak akibat bencana alam; dan/atau

2. Modal kerja


Pembiayaan tidak seharusnya digunakan untuk membiayai semula kemudahan kredit/pembiayaan sedia ada.



PERUSAHAAN YANG LAYAK

1. Perusahaan mikro dan PKS yang terjejas akibat banjir yang terletak di daerah yang dikenal pasti oleh 

2. Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai kawasan bencana banjir


Nota: PKS boleh mendapatkan maklumat daripada Portal Bencana yang dikendalikan oleh NADMA di pautan http://portalbencana.ndcc.gov.my/portal.



TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan adalah dibuka sepanjang tempoh berikut:

  • 27 Disember 2021 sehingga peruntukan digunakan sepenuhnya atau sehingga diberitahu kelak


JUMLAH PEMBIAYAAN

Jumlah pembiayaan disediakan adalah seperti berikut:

  • Sehingga RM500,000 bagi setiap PKS; dan
  • Sehingga RM75,000 bagi setiap perusahaan mikro

Kadar pembiayaan efektor maksimum adalah sehingga 3.50% setahun, termasuk fi jaminan.



CARA PERMOHONAN 

Perniagaan yang terjejas boleh memohon pembiayaan pada kadar konsesi daripada institusi kewangan peserta yang terdiri daripada bank perdagangan, bank-bank Islam dan institusi kewangan pembangunan yang dikawal selia oleh BNM.


1. PKS yang layak dinasihati supaya menghubungi institusi kewangan peserta untuk memastikan kelayakan mereka di bawah kemudahan ini. Semua permohonan untuk pembiayaan adalah tertakluk pada penilaian oleh institusi kewangan peserta.


2. Jika permohonan ditolak, PKS dinasihatkan untuk:

  • Dapatkan penjelasan daripada institusi kewangan peserta tentang sebab-sebab permohonan mereka ditolak;
  • Dapatkan khidmat nasihat pembiayaan melalui MyKNP (Khidmat Nasihat Pembiayaan) yang menyediakan bantuan khidmat nasihat dan panduan untuk meningkatkan kelayakan untuk pembiayaan pada masa hadapan dan sumber alternatif
  • Hubungi BNM di bnm.my/LINK untuk bantuan tambahan

3. Iklan Rasmi : drive.google.com/file