Kepada pekebun kecil yang menerima Bantuan Musim Tengkujuh sebanyak RM600 yang berdaftar di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) akan disalurkan secara dua peringkat tidak lama lagi.

Menurut pengerusi RISDA, pembayaran yang dibuat 2 peringkat ini melibatkan seramai 232,319 penerima. Sehubungan itu, pekebun kecil yang masih belum mengemas kini maklumat atau permohonan baharu perlu berbuat sedemikian dalam tempoh yang ditetapkan.





TARIKH KEMASKINI MAKLUMAT & PERMOHONAN BAHARU

Pekebun kecil yang masih belum mengemaskini maklumat atau belum pernah mohon diminta buat segera sebelum:

  • Sebelum 15 November 2021

Daripada jumlah penerima tersebut, sebanyak 145,996 penerima masih belum mengemas kini maklumat mereka. Kepada penerima yang menghadapi masalah untuk mengemas kini maklumat secara dalam talian, boleh hadir ke pejabat daerah RISDA yang terdekat.



TARIKH BAYARAN BANTUAN RISDA

Bantuan musim tengkujuh RISDA akan dibuat secara dua peringkat pada:


November 2021 – RM300

Disember 2021 – RM300



KAEDAH BAYARAN

Bantuan akan disalurkan melalui:

  • Sistem Perbankan Elektronik kepada akaun bank penerima

Penerima yang tidak kemaskini maklumat TIDAK AKAN MENERIMA BANTUAN.



MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Musim Tengkujuh 2021, anda boleh dapatkan di laman pekebunkecilmakmur.com.my