Sebagai tanda pengiktirafan,Yayasan Pasir Gudang menawarkan Bantuan Pendaftaran IPT Awam & Swasta kepada orang ramai yang berjaya menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Bantuan Pendaftaran Institusi Pengajian Tinggi Awam Dan Swasta YPG kini telah membuka permohonan bagi fasa keempat. Individu yang memohon mestilah beralamat di kawasan Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. 





KADAR BANTUAN

Kadar bantuan berikut diberikan secara one-off kepada pelajar yang layak:

  • RM300 setiap orang


PERINGKAT PENGAJIAN

Bantuan ditawarkan kepada pelajar yang mendapat tawaran sambung belajar secara sepenuh masa ke peringkat berikut:


1. Diploma

2. Ijazah Sarjana Muda



SYARAT KELAYAKAN

1. Warganegara Malaysia dan Kad Pengalaman beralamat di majlis Bandaraya Pasir Gudang

2. Diploma/ Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa pendaftaran tahun pertama

3. Mendapat tawaran kemasukan atau pengesahan pendaftaran IPTA/IPTS

4. Pendapatan isi rumah/ keluarga tidak melebihi RM4,000



TARIKH PERMOHONAN

Permohonan adalah dibuka pada Oktober hingga Disember 2021.



CARA PERMOHONAN

Permohonan boleh dilakukan melalui 2 cara yang telah ditetapkan iaitu:


Permohonan Online

1. Sila muat naik salinan yang perlukan iaitu :  

  • Kad Pengenalan pemohon dan ibubapa
  • Slip gaji ketua isi rumah
  • Surat tawaran kemasukan IPTA/S) di pautan berikut yayasanpasirgudang.org.my


Permohonan Manual

1. Muat turun boleh permohonan di bawah:


2. Hantar borang permohonan yang lengkap beserta dokumen yang diperlukan ke pejabat Yayasan Pasir Gudang.

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon dan ibubapa
  • Slip gaji ketua isi rumah
  • Surat tawaran kemasukan IPTA/S).

Pemohon mestilah kembalikan borang permohonan yang lengkap diisi beserta dokumen yang diminta pada tarikh yang ditetapkan. Sebarang pernyataan boleh hubungi 019 329 8714 atau 014 690 4745.

Bagi penerima yang layak untuk permohonan bantuan IPTA bagi fasa 2 dan fasa 3 yang lalu, pihak YPG akan menghubungi kelak untuk pemberian Bantuan Pendaftaran Institusi Pengajian Tinggi IPTA/S.