Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan adalah bantuan kewangan tambahan secara one-off yang disediakan oleh Kerajaan kepada PKS mikro yang Lulus GKP 1.0 dan GKP 2.0 sebelum ini termasuk rayuan. Melalui pengumuman PEMERKASA, kerajaan telah maklumkan akan memberi bantuan GKP 3.0 PEMERKASA dan GKP 4.0 kepada pemohon yang layak.

Penerima GKP 4.0 fasa pertama yang GAGAL KREDIT diminta untuk kemaskini maklumat akaun bank bagi memudahkan urusan pembayaran akan datang.









TARIKH KEMASKINI MAKLUMAT BANK

Penerima GKP yang telah buat semakan dan GAGAL KREDIT diminta kemas kini maklumat akaun bank pada:

  • 7 hingga 21 Oktober 2021



GOLONGAN SASARAN

Golongan penerima GKPyang berstatus gagal kredit ini termasuk:


1. GKP PERMAI

2. GKP PEMERKASA+

3. GKP 3.0

4. GKP 4.0


Nota: Pembayaran GKP hanya dikreditkan ke akaun bank simpanan/ semasa pemohon yang berstatus AKTIF sahaja.



CARA KEMASKINI MAKLUMAT AKAUN BANK GKP

Kepada individu yang perlu membuat kemaskini maklumat akaun bank bagi penerimaan GKP ini, sila ikuti langkah - langkah berikut:


1. Pergi ke portal rasmi GKP gkp.hasil.gov.my/

2. Klik Log Masuk untuk kemaskini maklumat

3. Masukkan ID Pengguna dan klik Semak

4. Sahkan kata kunci keselamatan dan klik Ya

5. Masukkan kata laluan dan klik Log Masuk

6. Pergi ke Menu Kemas Kini Akaun Bank

7. Masukkan nombor akaun bank terkini yang aktif


Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP. Penerima fasa 1 yang gagal kredit dinasihatkan kemaskini maklumat akaun bank dalam tempoh yang ditetapkan.