Kerajaan Negeri Perak dibawah program Tuisyen Cikgu Saarani (TCS) akan membuka permohonan bantuan khas secara one-off kepada mahasiswa B40 dan memenuhi terma dan syarat yang ditetapkan. Bantuan ini adalah bertujuan untuk membantu mahasiswa dalam meringankan beban keluarga khususnya bagi kemasukan Oktober 2021.

Bantuan khas ini dijayakan dibawah Pejabat Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi & Sumber Manusia, melalui agensi pelaksana Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dengan kerjasama Yayasan Perak, Majlis Perundingan Mahasiswa Perak (MPMP), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) & Gerakan Mahasiswa Perak (GMPk).





TARIKH PERMOHONAN

Permohonan boleh dibuat sehingga tarikh tutup permohonan berikut:

  • 10 September 2021 jam 11.59 malam


SENARAI BANTUAN DITAWARKAN

Bantuan Khas Mahasiswa RM150

  • Bantuan tunai secara one-off dalam meringankan beban Mahasiswa yang terkesan dalam tempoh pandemik Covid-19


Baucar Tebus Tiket Pengangkutan Awam RM50

  • Bantuan tunai secara one-off sebanyak RM50 kepada mahasiswa yang menggunakan pengangkutan awam untuk pulang ke Kampus atau ke rumah


SYARAT KELAYAKAN

Syarat Permohonan Bantuan Khas Mahasiswa

1. Mahasiswa peringkat Sijil, Matrikulasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana (Master) sepenuh masa di dalam negara

2. Tidak menerima Bantuan Kewangan Pendidikan dari Kerajaan Negeri/ Persekutuan/ Korporat

3. Keutamaan diberikan kepada Mahasiswa Anak Negeri dan beralamat di Perak

4. Perlu memberikan bukti masih belajar di IPT (Surat Tawaran atau Keputusan Peperiksaan Semester terkini)

5. Pemberian bantuan adalah terhad kepada 2,000 penerima terawal mengikut terma dan syarat


Syarat Permohonan Baucar Tebus Tiket Pengangkutan Awam

1. Mahasiswa Anak Perak

2. Mahasiswa perlu mengemukakan bukti pembelian tiket/ redit pembelian bagi menebus baucar tunai yang disediakan

3. Baucar adalah terpakai kepada penggunaan pengangkutan awam sahaja

4. Penebusan dua hala samada perjalanan dari rumah ke kampus atau dari kampus pulang ke rumah

5. Mahasiswa perlu menyertakan kad ID pelajar bagi tujuan pengesahan

6. Pemberian baucar adalah terhad kepada 2,000 penerima terawal mengikut terma dan syarat



CARA PERMOHONAN

Mahasiswa negeri Perak yang memenuhi syarat kelayakan, sila buat permohonan secara online melalui  pautan berikut:


Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi PASAK di talian whatsapp 60182974725 atau 60194000514 atau boleh terus ke laman perakpasak.org