Pembayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC) Fasa 1 melalui pengkreditan ke dalam akaun dan pembayaran tunai akan bermula secara rasminya pada 6 September 2021 dan ia akan dilakukan secara berperingkat.

Semakan status kelayakan boleh dilakukan di laman web BKC dengan menggunakan ID dan Kata Laluan BPR sebelum ini. Sekiranya anda terlupa kata laluan, sila rujuk langkah-langkah berikut untuk mengemas kini kata laluan anda.





CARA PENDAFTARAN BKC

Sila daftar MyBKC terlebih dahulu mengikut langkah-langkah berikut:


1. Klik Log Masuk / Semakan Status

2. Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)

3. Sekiranya paparan “ID pengenalan belum didaftarkan" , sila Ke Halaman Daftar Akaun Untuk Mendaftar” akan dipaparkan.

4. Klik Daftar Akaun

5. Maklumat Keselamatan

  • Soalan Keselamatan adalah berdasarkan maklumat asas yang dilaporkan pada Permohonan BPR 2021 atau Percukaian.
  • Sekiranya jawapan yang dimasukkan adalah salah, anda diberi 3 peluang untuk menjawab dengan jawapan yang betul

6. Pendaftaran MyBKC (setelah berjaya menjawab 2 soalan keselamatan)

a) Masukkan Kata Kunci Keselamatan yang mudah untuk diingati
  • Format Kata Kunci Keselamatan adalah hanya huruf dan nombor sahaja. Aksara Khas/ Simbol tidak dibenarkan
  • Kata Kunci Keselamatan yang didaftarkan adalah sebagai pengesahan setiap kali anda Log Masuk MyBKC

b) Jawab 5 Soalan yang disediakan
  • Anda boleh membuat pilihan soalan yang disediakan
  • Jawapan yang didaftarkan akan digunakan untuk pengesahan apabila anda terlupa Kata Laluan

c) Pengesahan soalan dan jawapan yang telah dipilih akan dipaparkan dan semak. Sekiranya betul, klik butang Teruskan


d) Daftar Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan serta Klik butang Daftar
  • Kata Laluan yang didaftarkan mesti mempunyai 8 aksara, mempunyai huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol
  • Kata Laluan yang daftarkan perlulah mudah dan senang diingati
  • Kata Laluan yang didaftarkan perlu dimasukkan setiap kali anda Log Masuk MyBKC

7. Paparan Mesej “Akaun Telah Berjaya didaftarkan. Sila Ke Halaman Log Masuk untuk ke Menu BKC”. Anda boleh Log Masuk MyBKC / Semakan Status.



TERLUPA KATA LALUAN

Sila klik pada pautan Terlupa Kata Laluan dan tindakan adalah seperti berikut:

a) Mempunyai e-mel yang berdaftar pada Permohonan BPR 2021 atau Percukaian

  • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
  • Masukkan e-mel yang berdaftar pada Permohonan BPR 2021 atau Percukaian dan klik seterusnya
  • Kata laluan baharu akan diemelkan pada e-mel yang didaftarkan berkenaan
  • Semak e-mel dan log masuk semula MyBKC
  • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) dan sahkan kata kunci keselamatan
  • Masukkan Kata laluan Sementara yang telah diemelkan dan juga set semula kata laluan baharu

b) Tidak mempunyai e-mel / e-mel tidak sama seperti yang berdaftar pada BPR 2021 atau percukaian / e-mel tidak sah

  • Set semula kata laluan melalui e-mel tidak boleh dibuat
  • Pemohon perlu menjawab soalan keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini


Sekiranya anda terlupa jawapan bagi soalan keselamatan berkenaan dan akaun disekat, anda boleh cuba semua lepas 24 jam


Sekiranya masih terlupa, anda boleh hubungi talian Hotline Bantuan Khas Kerajaan (BKK) 1-800-88-2747 atau Cawangan LHDNM yang berhampiran untuk set semula akaun BKC