bantuan telah diberikan oleh pihak Kerajaan dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik termasuk golongan B40. JKM telah menyediakan Bantuan Latihan Perantis, bagi membantu anak-anak penerima bantuan JKM dalam mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja.

Perkhidmatan bantuan kewangan yang disediakan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) disediakan kepada kumpulan sasar bagi meneruskan kelangsungan hidup terutamanya sepanjang pandemik Covid-19.






BANTUAN LATIHAN PERANTIS JKM

Tujuan Bantuan Latihan Perantis oleh JKM adalah:

1. Untuk membantu klien Jabatan atau anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan dan menganggur

2. Serta bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja.



KADAR BANTUAN

Kadar bayaran disediakan kepada individu yang layak adalah sebanyak:

  • RM200 sebulan seorang


SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia
  • Anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih/ bekas penghuni dari institusi kebajikan; atau
  • Kes-kes seliaan akhlak; atau
  • Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat; ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM


CARA PERMOHONAN

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa borang-borang berkaitan beserta dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian yang berhampiran seperti:

  • salinan Kad Pengenalan diri pemohon,
  • salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama,
  • salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama,
  • salinan penyata gaji (jika ada), dan
  • lain-lain dokumen yang berkaitan.


Borang-Borang Berkaitan :