
Skim MySalam merupakan skim perlindungan kesihatan sosial untuk membantu golongan berpendapatan rendah yang memerlukan bantuan mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal.
Perlindungan Takaful Skim MySalam yang mula diperkenalkan pada awal Januari 2019 adalah mensasarkan golongan isi rumah dalam kumpulan pendapatan bulanan 40% terendah (B40) yang juga penerima Bantuan Sara Hidup (BSH).
Namun kini skim mySalam telah diperluaskan kepada golongan M40 juga. Perlindungan ini meliputi 45 jenis penyakit kritikal dan kemasukan hospital hingga 14 hari setahun termasuk pesakit COVID-19 yang akan menerima manfaat hospital RM50 sehari bagi tempoh maksimum 14 hari.
KELAYAKAN MYSALAM 2021
MySalam layak diterima oleh;
1. Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :
2. Manfaat Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :
MANFAAT SKIM MYSALAM
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN
- Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
- Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
- Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
2. Manfaat Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :
- Penyakit kritikal RM8,000 + hospitalisasi RM50 untuk maksimum 14 hari.
Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali apabila didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal.
Pendapatan Elaun gentian hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana Hospital Kerajaan, Hospital Tentera dan Hospital Universiti.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN
- Sila layari portal mysalam.com.my
- Masukkan nombor kad pengenalan
- Tekan butang semak
- Status kelayakan akan dipaparkan samaada anda layak atau tidak
PROSES TUNTUTAN MYSALAM B40 2021
Terdapat dua kaedah untuk membuat tuntutan MySalam 2021 iaitu :
Tuntutan melalui atas talian
1. Sila layari portal
3. Seterusnya, kemas kini maklumat yang diminta, muat naik dokumen yang diperlukan dan klik hantar
4. Tunggu keputusan tuntutan anda
Tuntutan secara manual
1. Kunjungi mana-mana kiosk MySalam
2. Pastikan anda membawa bersama Salinan kad pengenalan, borang Annex 14&17
3. Serahkan dokumen tersebut pada pegawai bertugas untuk dimasukkan ke dalam sistem
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan, sila hubungi no tel mySalam seperti di bawah;
Telefon : 1-300-88-8938
Email : info@mysalam.com.my
0 Comments