KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju menyediakan bayaran tambahan di bawah Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 kepada penerima layak sebanyak RM500, yang akan dibayar pada September dan RM500 lagi pada November ini.

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata bayaran tambahan bantuan GKP di bawah 4.0 itu dibuat berikutan kerajaan memahami kesukaran yang dihadapi oleh usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro pada masa ini.





KADAR BAYARAN BANTUAN GKP 4.0


1. Peniaga yang layak akan menerima bantuan tambahan GKP 4.0 sebanyak : RM1,000


2. Bayaran GKP 4.0 akan salurkan secara berperingkat iaitu pada :

  • Fasa Pertama (September 2021) : RM500
  • Fasa Kedua (November 2021) : RM500


SYARAT KELAYAKAN


1. Bukan penerima GKP 1.0, 2.0 dan 3.0 sebelum ini

2. Pemohon adalah Warganegara Malaysia

3. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000

4. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang dan tidak termasuk pemilik

5. Berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 30 Jun 2021

6. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.



CARA BUAT PENDAFTARAN GKP 4.0 

Untuk makluman, pendaftaran bantuan bayaran GKP 4.0 akan dibuka pada : 

  • 1 Julai 2021 hingga 31 Julai 2021


Secara keseluruhannya kerajaan sudah memperuntukkan tambahan RM5.1 bilion ringgit melalui inisiatif GKP. Pelaksanaan GKP itu berjaya menyokong kelangsungan perniagaan atau 'business survival' dalam kalangan pengguna kecil, terutama mereka yang tidak dibenarkan beroperasi.



MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara)