Kerajaan Negeri Pulau Pinang ada menyediakan laman khas untuk pendaftaran bantuan khas untuk rakyat Pulau Pinang, iaitu iSejahtera. Kerajaan negeri mengumpulkan pelbagai kategori perkhidmatan kepada orang awam dan rakyat khususnya di Pulau Pinang yang memerlukan bantuan.

Antara bantuan yang disediakan adalah Program Penghargaan Warga Emas dan Program Bantuan Ibu Tunggal. Pendaftar yang layak akan menerima bantuan kewangan yang dibayar mengikut kategori.






KADAR BANTUAN

Pemohon yang layak akan menerima bantuan seperti berikut:

  • Bantuan Ibu Tunggal: RM100/ Setahun

Sekiranya ibu tunggal meninggal dunia, waris Ibu Tunggal akan menerima sumbangan wang sebanyak RM1,000 secara one-off.



SYARAT KELAYAKAN

Antara syarat kelayakan untuk memohon bantuan iSejahtera adalah:

1. Warganegara Malaysia

2. Berdaftar di dalam Suruhanjaya PilihanRaya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang.

3. Bercerai atau kematian suami

4. Berumur bawah 60 tahun semasa mendaftar

5. Tidak berkahwin semula

Sekiranya pemohon berkahwin semula, sila maklumkan kepada Pejabat Daerah. Kegagalan berbuat demikian adalah satu kesalahan dari segi syarat-syarat program ini



CARA PENDAFTARAN 

Kepada pemohon yang berminat untuk mohon bantuan iSejahtera, sila buat pendaftaran secara atas talian atau secara manual. 


Secara Atas Talian

1. Sila layari laman web berikut : isejahtera.penang.gov.my


Secara Manual

1. Sila isi borang pendaftaran yang diberikan secara percuma yang boleh didapati di semua Pejabat Daerah, Pusat Khidmat ADUN/ Parlimen atau Pejabat Masyarakat Penyayang, Paras 46 KOMTAR

2. Isi borang sehingga lengkap dan kembalikan borang yang disertakan bersama dokumen sokongan yang dinyatakan


Dokumen Sokongan

Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
Salinan Kad Pengenalan/Sijil Kelahiran salah seorang anak.
Salinan Kad Pengenalan Waris/ Penerima Khairat.
Salinan Sijil Kematian suami / dokumen penceraian / dokumen yang berkaitan.
Salinan muka depan buku bank/penyata bank/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon.
Salinan Semakan Daftar Pemilih SPR (DAPATKAN DISINI)



SEMAKAN STATUS PENDAFTARAN

Status Pendaftaran boleh disemak melalui :

1. Sistem iSejahtera; ATAU

2. Hubungi Pejabat Masyarakat Penyayang di talian 04-650 5699/5700 atau Pejabat Daerah & Tanah mengikut daerah masing-masing; atau


Pembayaran akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang layak. Setiap pemohon hanya dibenarkan membuat permohonan bagi SATU bentuk program bantuan sahaja kecuali bagi Program Anak Emas.


Untuk maklumat lanjut berkenaan bantuan kerajaan negeri Pulau Pinang iSejahtera, anda boleh terus ke laman web isejahtera.penang.gov.my