JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor menawarkan skim bantuan pendaftaran kepada anak negeri yang melanjutkan pengajian peringkat diploma dan ijazah sarjana muda bagi meringankan bebanan akibat wabak COVID-19.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad, berkata kerajaan negeri memahami pelbagai masalah dihadapi akibat pandemik COVID-19 sehingga ramai ibu bapa kehilangan sumber pendapatan dan pekerjaan.





TARIKH PERMOHONAN

Tarikh permohonan Bantuan Pengajian Tinggi Perbadanan Islam Johor adalah sepanjang tempoh berikut:

  • 1 Ogos sehingga 30 September 2021


KADAR BANTUAN

Bantuan diberikan kepada pelajar yang layak sebanyak:

  • Ijazah: RM1,000.00
  • Diploma: RM700.00


SYARAT KELAYAKAN

1. Warganegara Malaysia beragama Islam

2. Bangsa Johor atau yang telah menetap di Negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahun

3. Telah mendapat tawaran menyambung pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan

4. Pendapatan isi rumah/ keluarga tidak melebihi RM4,000 setiap tanggungan (termasuk ketua keluarga)

5. Terbuka kepada kemasukan Semester Pertama sahaja



CARA PERMOHONAN

Kepada pelajar yang memerlukan bantuan yang ditawarkan, sila muat turun borang permohonan melalui laman web berikut :



Dokumen Diperlukan

Borang Lengkap ditandatangani
Salinan Kad Pengenalan pemohon
Salinan Surat Beranak
Salinan Kad pengenalan ibu & bapa pemohon
Salinan surat tawaran kemasukan ke IPT
Salinan Slip Pendapatan Ibu/ Bapa/ Penjaga
Salinan Akaun Bank


Borang yang telah lengkap diisi segala butirannya beserta dokumen-dokumen yang telah disahkan hendaklah dihantar ke alamat tertera:

Perbadanan Islam Johor
(Bahagian Pembangunan Insan)
T3.1 Bangunan PIJ No 25C
Jalan Rebana, 80250
Kebun Teh Johor
Tel: 07 3369200