
SEREMBAN: Kerajaan negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta bagi menyalurkan bantuan tunai sekali beri kepada rakyat negeri itu yang terjejas atau hilang pekerjaan akibat sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata pihaknya menyedari ramai rakyat negeri itu yang menerima kesan atau terjejas akibat pandemik COVID-19. Permohonan yang lulus akan mendapat bantuan tunai yang akan dibuat secara perpindahan atas talian kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh kelulusan permohonan.
KADAR BANTUAN
Pemohon yang layak akan menerima bantuan tunai berjumlah:
- RM300 secara one-off
- Dibayar dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh kelulusan.
TEMPOH PERMOHONAN
Permohonan dibuka sepanjang tempoh berikut:
- 30 Jun 2021 sehingga 30 Julai 2021
SYARAT PERMOHONAN
- Pemohon adalah Warganegara Malaysia yang menetap di Negeri Sembilan dan hilang pekerjaan akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam tahun 2021.
- Pemohon masih belum mendapat sebarang pekerjaan semasa permohonan dikemukakan.
CARA PERMOHONAN
Permohonan bagi individu yang berkelayakan boleh dilakukan melalui salah satu kaedah berikut:
- Melalui aplikasi telefon pintar N9.DIGITAL ; atau
- Melalui laman web n9.digital/create_account
Dokumen Sokongan
Permohonan mestilah dihantar bersama dokumen berikut:
1. Salinan kad pengenalan pemohon.
2. Salinan sijil nikah / cerai / kematian (mana yang berkaitan)
3. Surat pemberhentian kerja daripada majikan
4. Salinan penyata bank / muka depan buku akaun
Pihak kerajaan negeri berhak untuk memutuskan bantuan berdasarkan dokumentasi yang dikemukakan atau menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan.

0 Comments