PUTRAJAYA - Kerajaan hari ini mengumumkan akan menyalurkan Bantuan Tunai langsung kepada rakyat berjumlah 10 bilion ringgit. Salah satu bantuan yang akan diberikan ialah Pemberian Bantuan Khas Covid-19 (BKC) mengikut beberapa kadar dan kategori.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pemberian khas BKC itu dijangka memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah dan individu, warga emas serta bujang dengan peruntukan sebanyak RM4.6 bilion.





KADAR BANTUAN KHAS COVID-19

Kategori Miskin Tegar

  • Isi Rumah : RM1,300
  • Bujang : RM500

Kategori B40

  • Isi Rumah : RM800
  • Bujang : RM200

Kategori M40

  • Isi Rumah : RM250
  • Bujang  : RM100



JADUAL PEMBAYARAN BKC


1. Kategori Miskin Tegar

Isi Rumah

RM500 : Ogos 2021
RM500 : November 2021
RM300 : Disember 2021

Bujang

RM200 : Ogos 2021
RM300 : November 2021



2. Kategori B40

Isi Rumah

RM500 : Ogos 2021
RM300 : Disember 2021

Bujang

RM200 : Ogos 2021



3. Kategori M40

Isi Rumah

RM250 : Ogos 2021

Bujang

RM100 : Ogos 2021



CARA PERMOHONAN

Untuk setakat ini, tiada sebarang makluman mengenai kaedah permohonan Bantuan Khas Covid yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri.

Sebarang maklumat terbaru atau maklumat lanjut, akan dikemaskini dari semasa ke semasa.