Pada 17 Mac 2020, YAB Perdana Menteri telah meluluskan agar penggunaan Tabung COVID-19 NADMA diperluaskan bagi meliputi Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 berjumlah kepada waris yang meninggal dunia akibat COVID-19. 

Tabung Covid-19 NADMA sebelum ini telah diwujudkan pada 11 Mac 2020 bagi memberi bantuan khas sebanyak RM100 sehari kepada rakyat Malaysia yang bekerja/berniaga di Malaysia tetapi kehilangan pendapatan atau tidak dibayar gaji.





KADAR BANTUAN

Bantuan khas ini hanya akan diberikan sekali sahaja (one-off) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.

  • RM100 sehari sehingga maksimum 14 hari 

Tertakluk kepada sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19 (warded). 



SYARAT KELAYAKAN

1. Warganegara Malaysia yang bekerja di Malaysia 

2. Telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji kerana menerima arahan kuarantin dari kkm (annex14) bagi sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

3. Telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19. 



Pemohon Tidak Layak

1. Bukan Warganegara Malaysia

2. Tidak bekerja di Malaysia atau tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian.

3. Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian/ menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19.



CARA PERMOHONAN

1. Muat turun dokumen-dokumen di laman web nadma.gov.my
  • Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 (Lampiran A)
  • Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C) *jika tiada akaun bank


2. Permohonan lengkap dihantar melalui pos ke NADMA di alamat:-


Ketua Pengarah

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA

(u.p. : Sekretariat KWABBN)



DOKUMEN SOKONGAN


1. Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 seperti di Lampiran A. 

2. Salinan kad pengenalan. 

3. Dokumen Asal KKM :    *Dokumen asal yang dipos akan terus diproses dan tidak memerlukan semakan silang dengan data KKM. Pemohonan dan dokumen juga boleh diwhatsapp ke 011-13218056 khusus untuk penghantaran dokumen sahaj. Dokumen akan disemak silang dengan data KKM

    
    i. Bagi pemohon yang di bawah perintah Pengawasan dan Pemerhatian
  • Salinan Borang Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang telah disahkan oleh KKM (annex 14); dan
  • Salinan Borang pelepasan dari menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah kediaman bagi kontak jangkitan Covid-19 di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) (annex 17);


    ii. Bagi pemohon yang menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat Covid-19 (warded)
  • Discharge note / Sijil Cuti Sakit yang dikeluarkan oleh Hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat Covid-19.

4. Borang Akuan Kehilangan Pendapatan seperti di Lampiran B. 

5. Salinan penyata bank / muka depan buku akaun.** 


Nota :

Sekiranya pemohon tidak mempunyai akaun bank, pemohon boleh memberikan salinan penyata bank / muka depan buku akaun bank waris bersama-sama dengan surat perwakilan kuasa kepada waris seperti di Lampiran C serta salinan kad pengenalan waris yang diakui sah.



KAEDAH PEMBAYARAN

Bayaran bantuan khas akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.


NADMA berhak untuk memutuskan jumlah bantuan berdasarkan dokumentasi yang dikemukakan atau menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan.