Jawatan Terkini. Tawaran ini adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi permohonan kekosongan jawatan di Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Kementerian Dalam Negeri 2021.

Kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk memohon tawaran yang ditawarkan, sila baca dan fahami dengan teliti kehendak bakal majikan sebelum memohon.

Akan dikongsikan maklumat-maklumat berkaitan dengan tawaran kekosongan jawatan dibawah.





MAKLUMAT JAWATAN

Penolong Pegawai Anti Dadah Gred S29

Kekosongan : 12
Simpanan : 50
Minima : Diploma



CIRI-CIRI KEPERIBADIAN

  • Keterampilan yang baik
  • Semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan
  • Bakat kepimpinan
  • Ciri-ciri jati diri yang cemerlang
  • Kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan



SYARAT LANTIKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Memiliki Kepujian (Sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (kecuali calon bagi lantikan kelayakan dengan 1(c) (iv) .



CARA MOHON

Kepada sesiapa yang berminat untuk mohon jawatan ditawarkan, sila buat permohonan sekarang dengan langkah berikut:


Langkah 1

Log masuk ke laman spa9.spa.gov.my

Sila daftar terlebih dahulu sekiranya anda masih belum mendaftar akaun sistem permohonan SPA9.


Langkah 2

Pergi ke bahagian Maklumat Pemohon dan klik Jawatan Dimohon


Langkah 3

Pergi ke bahagian Diploma. Pilih jawatan Penolong Pegawai Anti Dadah S29 di bahagian pilihan jawatan. Klik +Tambah.

*Maksimum jawatan yang boleh dimohon ada 15 sahaja. 


Langkah 4

Jawatan yang dipilih akan ditambah di bahagian Jawatan Pilihan. Klik Seterusnya


Langkah 5

Senarai jawatan dimohon dan maklumat lengkap anda akan dipaparkan untuk pengesahan. Jika semua maklumat betul, klik Seterusnya.


Langkah 6

Baca perakuan pemohon seperti yang tertera dan tick pada kotak SETUJU jika anda setuju. Klik HANTAR.


SEMOGA BERJAYA!



IKLAN RASMI JAWATAN

Iklan Rasmi Jawatan : imej.spa.gov.my