Perdana Menteri dalam Pengumuman Khas Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat (PERMAI) yang lalu mengumumkan Program Bakul Makanan JKM 2021, merangkumi barang makanan keperluan bernilai RM100 bagi setiap isi rumah yang layak.

Pelaksanaan program itu akan membabitkan peruntukan sebanyak RM50 juta dalam usaha membantu rakyat yang terjejas akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara.





OBJEKTIF BANTUAN BAKUL MAKANAN

Tujuan pemberian bakul makanan ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan bagi memastikan kelangsungan hidup rakyat berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terutamanya golongan mudah terjejas dan pekerja yang bergantung kepada upah harian.



KADAR BAYARAN BANTUAN 

Kadar bayaran bantuan yang diberikan adalah berjumlah RM100



SYARAT KELAYAKAN 

Bantuan ini hanya layak diterima oleh penerima bantuan bulanan sedia ada di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengikut data penerima pada bulan Januari 2021.



BARANGAN YANG DISEDIAKAN

Bakul makanan yang disediakan merupakan keperluan asas keluarga seperti berikut :

1. Beras
2. Minyak Masak
3. Gula
4. Tepung Gandum
5. Susu Pekat
6. Teh
7. Kopi
8. Biskut
9. Kicap Manis
10. Sardin
11. Sos Cili
12. Garam Halus
13. Bihun



CARA PERMOHONAN

Terdapat dua kaedah yang disediakan untuk membuat permohonan iaitu :


Permohonan Atas Talian

1. Sila layari laman web berikut untuk dapatkan Borang Permohonan Program Bakul Makanan :
2. Seterusnya, sila lengkapkan borang tersebut dengan mengisi semua maklumat peribadi yang tertera

3. Setelah itu, hantar borang yang telah dilengkapkan melalui emel Ibu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat.


Nota : 

Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat mengambil masa 30 hari untuk memproses permohonan anda



Permohonan Secara Manual

1. Sila hubungi pihak JKM mengikut negeri atau daerah yang anda duduki.

2. Maklumat dan dokumen yang diperlukan adalah:

  • Nama penuh anda
  • Nombor kad pengenalan anda (MyKad)
  • Alamat rumah
  • Bilangan ahli keluarga yang perlu ditanggung

Sila maklum, 8.30 pagi sehingga 5.30 petang adalah waktu operasi mereka yang anda boleh hubungi.