Putrajaya: Kerajaan bersetuju memperluaskan Geran Bantuan Khas secara sekali beri sebanyak RM3,000 kepada setiap 697 syarikat berlesen di bawah Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) bagi meringankan beban syarikat terbabit yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Bantuan berkenaan juga layak diterima syarikat pengendali pelancongan MM2H yang mempunyai kompaun tertunggak di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482) atau Akta Pelesenan Kenderaan Pelancongan 1999 (Akta 594).bantuan kewangan RM3,000 untuk syarikat MM2H itu adalah di bawah inisiatif Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) dan merupakan antara inisiatif yang digerakkan kementerian itu.






KADAR BANTUAN

Kadar bantuan akan diberikan kepada syarikat yang layak sebanyak:

  • RM3,000


SYARAT KELAYAKAN


1. Hanya syarikat MM2H yang mempunyai lesen Pengendalian Pelancongan Dalam Negeri (Inbound) di bawah MOTAC sahaja yang layak menerima bantuan kewangan ini.

2. Hanya pemegang lesen yang masih sah berkuatkuasa dengan MOTAC semasa permohonan dibuat layak menerima bantuan kewangan ini.

3. Lesen perniagaan pengendalian pelancongan dalam negeri (MM2H) yang telah tamat tempoh sah laku pada/selepas 1 Januari 2020 dan telah mengemukakan permohonan pembaharuan lesen berserta dengan bayaran fi proses sebelum/pada 15 Ogos 2021 berdasarkan Garis Panduan Pembaharuan Lesen sedia ada layak menerima bantuan kewangan ini.

4. Lesen perniagaan pengendalian pelancongan dalam negeri (MM2H) yang telah tamat tempoh sah laku sebelum/pada 31 Disember 2019 dan telah mengemukakan permohonan pembaharuan lesen dalam tempoh pelaksanaan PEMERKASA 2021 (16 Mac 2021 sehingga 15 Ogos 2021) tidak layak dipertimbangkan untuk menerima bantuan kewangan ini.

5. Mana-mana Syarikat Pengendali Pelancongan (MM2H) yang mempunyai kompaun tertunggak yang dikeluarkan oleh MOTAC di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482] atau Akta Pelesenan 

6. Kenderaan Pelancongan 1999 [Akta 594] layak untuk menerima bantuan kewangan ini.

7. Syarikat Pengendali Pelancongan (MM2H) yang layak menerima bantuan ini perlu mengemukakan Borang PEMERKASA MM2H secara dalam talian.

8. Pemberian Bantuan Kewangan Geran Bantuan Khas sebanyak RM3000 ini hanya akan diberikan secara one-off kepada lesen Ibu Pejabat sahaja.



TEMPOH PERMOHONAN 

Tarikh tutup permohonan ditetapkan pada 

  • 31 Ogos 2021 

Sebarang permohonan yang dikemukakan selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.



CARA PERMOHONAN

1. Sila lengkapkan borang permohonan di bawah:



2. Borang permohonan yang telah lengkap perlu dimuat naik di Borang Permohonan Atas Talian melalui laman web berikut :


Pengumpulan dan pengemaskinian maklumat ini akan dilaksanakan oleh Pejabat MOTAC Negeri.



MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh terus ke laman motac.gov.my