Bantuan Prihatin – Bantuan Khas Kepada Penjaja Secara One-Off merupakan program bantuan Kasih Asnaf 3.0 oleh pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak sebagai pemudahcara dalam program bantuan ini.

Inisiatif di bawah Program MAIWP Prihatin-Kasih Asnaf 3.0 ini akan memberi manfaat kepada 75,210 penerima di Wilayah Persekutuan dengan peruntukan sebanyak RM38.9 juta.









KADAR BANTUAN

Sumbangan secara one-off akan diberikan kepada penjaja pasar malam di Kuala Lumpur yang layak menerima bantuan sebanyak:

  • RM500

Sumbangan akan dibayar melalui Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank penerima yang layak.



TARIKH PERMOHONAN BANTUAN PRIHATIN

Permohonan bantuan akan dibuat sepanjang tempoh berikut:

  • 19 Julai hingga 15 Ogos 2021


CARA PERMOHONAN

Berikut adalah panduan buat permohonan Bantuan Prihatin Kasih Asnaf MAIWP:


1. Sila layari ke pautan elesen.dbkl.gov.my

2. Pergi ke bahagian Pendaftaran

3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan klik SETERUSNYA

4. Sekiranya Nombor Kad Pengenalan anda tiada dalam senarai layak menerima sumbangan, anda boleh buat rayuan dengan klik butang RAYUAN

5. Lengkapkan maklumat diminta dan klik SIMPAN

6. Pergi ke bahagian SEMAKAN untuk tahu status permohonan anda



MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi talian berikut pada jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang :

  • (Encik Danial dan Puan Atiqah) WhatsApp di talian 033 5659 3734