
Kepada anak-anak Kakitangan UKM yang akan melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi di peringkat Ijazah Sarjana Muda/ Diploma/ Asasi/ Matrikulasi/ Sijil, pihak Zakat Universiti telah mempelawa kepada semua warga kakitangan UKM yang berkelayakan untuk memohon Bantuan Zakat Persediaan Pengajian Tinggi 2021.
Bantuan akan diberikan sehingga RM1,000 mengikut peringkat pengajian dan akan dibayar sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian.
BACA JUGA : JAWATAN TERKINI : JAWATAN KOSONG JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ) 2021 | MOHON SEKARANG!
KADAR BANTUAN
Bantuan akan diberi secara one-off mengikut peringkat pengajian seperti berikut:
- Ijazah Sarjana Muda – RM 1,000.00
- Diploma/ Asasi/ Matrikulasi – RM 700.00
- Sijil – RM 500.00
TEMPOH PERMOHONAN
- mulai 2 Ogos hingga 15 Oktober 2021
SYARAT PERMOHONAN
- Warga Kakitangan UKM
- Beragama Islam
- Tergolong dalam kalangan Asnaf Fakir, Miskin dan Fisabilillah
- Anak yang akan melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda/ Diploma/ Asasi/ Matrikulasi/ Sijil
CARA PERMOHONAN
Sila layari pautan berikut untuk buat permohonan bantuan zakat:
Dokumen Diperlukan
Berikut adalah dokumen yang perlu di muatnaik untuk buat permohonan bantuan:
- Pendapatan Pemohon dan Pasangan Sebulan (Penyata Gaji/ Penyata Pencen/
- Surat Pengesahan Pendapatan Bekerja Sendiri / Tidak Bekerja – Suri Rumah)
- Kad Pengenalan/ Sijil Lahir Tanggungan
- Sijil Kematian (Jika berkenaan)
- Sijil Cerai (Jika Berkenaan)
- Surat Pengambilan Anak Angkat (Jika Berkenaan)
- Surat Tawaran Kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi
Pemohon diminta untuk membuat pengesahan diri. Masukkan Nombor Matrik / UKMPer / Pengenalan dan kata laluan di borang yang disediakan.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk pertanyaan lanjut mengenai bantuan zakat universiti, sila boleh hubungi :
UKM Bangi : 03 8921 4225
PPUKM, UKM KKL : 03 9145 6526
0 Comments