
Ketika pembentangan Belanjawan 2021, kerajaan telah memperkenalkan satu inisiatif seperti kemudahan komputer riba, tablet serta data internet secara percuma bagi meringankan beban pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah bagi membiasakan diri dengan norma baharu untuk meneruskan pembelajaran di atas talian.
Kemudahan tersebut disediakan melalui Inisiatif Cerdik yang dikendalikan oleh pihak Yayasan Hasanah dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tujuan membantu meringankan beban keluarga berpendapatan rendah (B40).
BACA JUGA : BANTUAN TAMBAHAN KHUSUS UNTUK PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS) SEHINGGA RM1,500 BERMULA JUN INI
MAKLUMAT BANTUAN TABLET DAN KOMPUTER
Pemberian bantuan komputer & tablet ini akan melibatkan :
- 150,000 murid di 500 buah sekolah
Yayasan Hasanah dalam satu kenyataan berkata, inisiatif CERDIK ini membabitkan sumbangan berjumlah RM150 juta daripada 13 syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mewakili syarikat di bawah Khazanah Nasional Bhd (Khazanah), Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan PETRONAS.
TARIKH PEMBERIAN BANTUAN PERCUMA
Yayasan Hasanah dengan kerjasama rapat KPM dalam memastikan kemampanan pelaksanaannya telah memutuskan pengagihan peranti ini bermula:
- Peringkat Utama: Februari 2021
- Peringkat Kedua : Mei 2021 (50,000 pelajar)
- Peringkat Ketiga : Akhir September 2021 (100,000)
Setakat ini, 13,000 peranti telah diedarkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah di beberapa negeri dan lebih 1,000 pelajar telahpun menerima peranti mereka.
JENIS PERANTI YANG DIBERIKAN
Pelajar yang layak akan menerima:
- Komputer riba dengan spesifikasi Intel i3 atau setara dan ke atas, ATAU;
- Ipad dengan Cip Bionic A12
PENYEDIAAN DATA YANG DISAMBUNGKAN
Peranti dibekalkan dengan sambungan :
- Kad SIM yang didaftarkan di bawah nama ibu bapa atau penjaga murid.
- Rangkaian 3G/4G dengan data internet sebanyak 15GB sebulan untuk tempoh minimum 12 bulan.
CARA BUAT PERMOHONAN
1. Untuk makluman, bantuan tablet dan laptop percuma ini tidak melibatkan proses pendaftaran permohonan.
2. Peranti akan diedarkan kepada murid yang berkelayakan di sekolah yang terpilih dan akan dimaklumkan kepada penerima sebelum tarikh pengagihan.
Pihak mereka sedang bertungkus lumus dengan semua pihak bagi mempercepatkan kadar pengedaran. Usaha itu akan dapat membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah untuk membiasakan diri dengan norma baharu bagi pembelajaran atas talian, e-pembelajaran dan pengajaran di luar kelas.
4 Comments
Alhamdulillah, ank sy tingkatan 3 d smk balung tawau, akn dapat agihan laptop pd 12/06/2021. Tetapi sy musykil sbb pihak sekolah hya bg pinjam laptop utk blajar dan ibu bapa perlu tandatangan surat akunjanji.
ReplyDeleteApaka.laptop @ tablet tu hya d bagi pinjam @ macamana ?
Mohon pencerahan
Anak saya pelajar sekalah managah sek 3 bandar kindarar mama avanis raj viran saya ibu thunggul.saya Tak depat beli fine dan tab lago saya Tak depat b40 saya seorang kerja told kan encik Anak saya belajar dari rumah online tahun depan dia tingatan 3 tolong encik
ReplyDeleteAnak saya 2 orang yg masih bersekolah, seorang darjah 4 n seorang tingkatan 1. Kami nie d bawah b40 lah tp apa pun tk dapat phone ka laptop ka satupun tk dapat. Phone yg adapun internet tk cukup so anak2 tk dapat la nk buat Kerja sekolah. Tolong la bg bantuan pada kami, please...
ReplyDeleteSlm sjhtra saya mempunyai 2 anak sorang tingkatan 3 Sek. Men. Bandar Damai Perdana sorang darjah 6 Sek Keb Desa Baiduri di daerah Cheras kedua nya tiada laptop utk guna dlm pembelajaran buat masa ini...sekian
ReplyDelete