KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju memberikan Geran Khas Prihatin (GKP) sebanyak RM1,500 melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa PLUS).

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bantuan GKP ini akan membantu kira-kira sejuta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan perusahaan mikro dalam memastikan kelangsungan perniagaan dan pengurusan aliran tunai.





KADAR BANTUAN GKP TAMBAHAN 

Telah diumumkan bahawa kadar bantuan GKP akan ditambah sebanyak RM500 yang menjadikan jumlah tersebut :

  • Sebanyak RM1,500



TARIKH BAYARAN BANTUAN GKP

Pembayaran RM1,500 akan diberikan secara berperingkat kepada peniaga bermula pada :


1. Fasa Pertama 

Pertengahan bulan Jun : RM1,000


2. Fasa Kedua

Bulan Julai : RM500



Pihak kerajaan berharap dengan bantuan ini dapat membantu meringankan beban peniaga-peniaga kecil menghadapi kesusahan sepanjang tempoh PKP ini dilaksanakan.