SHAH ALAM - Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) membuka Kaunter Prihatin di lima lokasi yang bertujuan untuk mengedarkan Pek Prihatin kepada individu dan keluarga yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Pengurus Besar YIDE, Nur Mohd Razali Abdullah berkata, inisiatif itu diambil pihaknya sebagai sebuah organisasi kebajikan untuk membantu orang ramai khususnya rakyat negeri Selangor. Telah menjadi sebahagian tanggungjawab YIDE sebagai organisasi berkebajikan untuk memberi bantuan Pek Prihatin yang mengandungi barang keperluan asas seperti susu, tepung, beras dan lain-lain lagi.





GOLONGAN SASARAN

  • Individu yang terkesan sepanjang PKP 3.0
  • Keluarga yang terkesan sepanjang PKP 3.0



BARANG PEK PRIHATIN YIDE

Barang-barang keperluan yang akan diagihkan kepada mereka yang berkelayakan adalah seperti berikut :

  • Susu
  • Tepung
  • Beras
  • Minyak
  • Gula
  • Maggi
  • Kicap
  • Bihun
  • Teh Lipton



TARIKH PERMOHONAN

Tarikh permohonan bantuan keperluan Pek Prihatin telah dibuka bermula :

  • 1 Jun sehingga 14 Jun 2021



CARA PERMOHONAN

Kepada individu yang terkesan sepanjang PKP 3.0 dan berminat untuk memohon bantuan barangan keperluan yang ditawarkan, sila isi borang yang disediakan dengan melayari laman web berikut :


Terdapat lima lokasi pengambilan Pek Prihatin tersebut yang akan dimaklumkan kepada penerima melalui sistem pesanan ringkas (SMS) untuk pemohon yang layak.


PERHATIAN :

Kepada orang ramai yang ingin berinfak barang keperluan asas untuk diagihkan oleh YIDE, sila hubungi pihaknya di talian : 017-7569476