
Yayasan Warisan Anak Selangor telah memperkenalkan Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) yang merupakan bantuan yuran kepada kanak-kanak tadika yang berkelayakan. Pihak kerajaan Negeri Selangor menyumbangkan bantuan berjumlah RM50 setiap bulan yang bertujuan untuk membantu meringankan beban ibu bapa membayar yuran tadika.
Bantuan yuran RM50 ini akan disalurkan terus kepada tadika YANG BERDAFTAR dengan Majlis Permuafakatan Tadika Negeri Selangor.
Akan dikongsikan maklumat-maklumat berkaitan syarat kelayakan dan cara membuat permohonan bantuan dibawah.

KADAR BANTUAN
RM50 pada setiap bulan
SENARAI TADIKA
Layari laman web LIST TADIKA untuk mengetahui senarai tadika yang terlibat.
SYARAT KELAYAKAN
Syarat-syarat kelayakan permohonan adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia
- Ibu atau bapa kelahiran Selangor dan sedang menetap di Selangor
- Anak yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor
- Ibu dan bapa yang bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun (bagi yang bukan kelahiran luar Selangor)
- Suami dan isteri bekerja atau tidak bekerja
- Anak yang berumur 5 dan 6 tahun sahaja
- Pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah
Berikut merupakan dokumen-dokumen yang perlu di lampirkan :
- Cetak Borang Permohonan (Bagi Permohonan Baru Sahaja)
- Salinan Sijil Lahir / Mykid Anak
- Salinan Kad Pengenalan Ibu
- Salinan Kad Pengenalan Bapa
- Salinan Perakuan Anak Angkat / Sijil Kematian / Sijil Cerai (jika perlu)
- Salinan Slip Gaji / Surat Akuan Pengesahan Pendapatan Ibu sekiranya Ibu Tidak Bekerja (Perlu pengesahan oleh Penghulu/Ketua Kampung/Ketua Taman Perumahan/Ketua Masyarakat/Pegawai Kerajaan Kumpulan A
- Salinan Slip Gaji / Surat Akuan Pengesahan Pendapatan Bapa sekiranya Bapa Tidak Bekerja (Perlu pengesahan oleh Penghulu/Ketua Kampung/Ketua Taman Perumahan/Ketua Masyarakat/Pegawai Kerajaan Kumpulan A
- Cop Pengesahan Persekolahan Tadika Anak
- Salinan Bil Air / Bil Elektrik / TM / ASTRO / Muka Depan Buku Merah Ibu
- Cop Pengesahan Bermastautin (bagi permohonan baru sahaja)
1. Permohonan boleh dibuat melalui laman web :
2. Masukkan nombor Kad Pengenalan beserta nombor Mykid dan tekan Semak
3. Tekan Pendaftaran Baru bagi yang belum pernah memohon.
3. Tekan Pendaftaran Baru bagi yang belum pernah memohon.
TARIKH PERMOHONAN
Permohonan Tunas 2021 boleh dilakukan bermula 8 Februari 2021 secara online.
Dokumen perlu dihantar dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran online dilakukan ke alamat berikut :
Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas),
Aras 5, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7
Persiaran Kayangan
Tel : 03 5481 8800
Email : pendaftarantunas@gmail.com
Maklumat lanjut boleh didapatkan di laman web tunas.yawas.my
0 Comments