Untuk pengetahuan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam satu kenyataan telah mengumumkan bahawa para pencarum boleh membuat semakan status permohonan kemudahan i-Sinar bagi kategori 2 mulai 8 Februari 2021.

Kepada para pencarum yang telah membuat semakan pada Ahad lalu, anda dinasihatkan untuk membuat semakan sekali lagi disebabkan terdapat masalah teknikal yang telah berlaku kepada paparan i-Sinar pada waktu itu.





Berikut adalah merupakan cara melakukan semakan status i-Sinar KWSP secara online :


CARA SEMAKAN STATUS MELALUI PORTAL I-SINAR

Antara langkah untuk membuat semakan status melalui portal i-Sinar adalah :

1. Layari laman web rasmi   i-Sinar KWSP







2. Tekan 'Semak Status Permohonan'








3. Isikan No. Kad pengenalan dan No.tel pencarum

4. Tekan 'Saya bukan robot (captcha)'

5. Tekan butang 'Semak Status'






Status permohonan akan dipaparkan sama ada proses permohonan anda telah diluluskan.


Pembayaran bagi permohonan yang layak akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam bank akaun anda.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 03 8922 4848