
Kepada pemohon yang ingin pergi membuat permohonan atau ingin mengemaskini maklumat Bantuan Prihatin Rakyat 2021 ke kaunter LHDNM, silalah rujuk Jadual Pembukaan Kaunter BPR di Cawangan/Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM
Berikut merupakan jadual pembukaan kaunter LHDNM yang akan dikongsikan.
JADUAL PEMBUKAAN KAUNTER BANTUAN PRIHATIN RAKYAT LHDNM

Makluman :
- Kaunter BPR tidak dibuka pada Cuti Hujung Minggu, Cuti Umum dan Cuti Negeri (bagi negeri yang terlibat).
- Bagi Cawangan / PKH yang tidak beroperasi pada tarikh di atas, notis pemakluman kepada umum akan dipamerkan pada premis berkenaan.
- Masa pembukaan kaunter BPR di UTC adalah bergantung kepada jadual waktu operasi UTC di sesuatu tempat.
- Masa pembukaan kaunter adalah tertakluk kepada pindaan.
CARA MEMBUAT PERMOHONAN BARU DI CAWANGAN LDHNM
- Muat turun terlebih dahulu Borang Permohonan BPR dan lengkap segala maklumat sebelum menghadirkan diri ke LHDNM
- Muat turun Borang Serahan Dokumen BPR 2021 BK-04[1/2021] sekiranya terdapat dokumen yang perlu diserahkan
- Serahkan borang kepada pegawai kaunter LHDN
- Permohonan selesai
KEMASKINI BPR DI CAWANGAN LHDNM
- Sekiranya pemohon merupakan penerima Bantuan Sara Hidup Hidup(BSH) atau Bantuan Prihatin Nasional(BPN) 2.0,anda hanya perlu membuat kemaskini jika ada sebarang perubahan maklumat.
- Sila muat turun Borang Permohonan BPR BK-01 [1/2021], kemudian sila tanda kategori 2 iaitu kemaskini maklumat
- Sila muat turun Borang Serahan Borang Serahan Dokumen BPR 2021 BK-04 [1/2021] jika terdapat dokumen yang perlu diserahkan
- Serahkan borang kepada pegawai di kaunter LHDN
- Permohonan kemaskini anda selesai
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, anda boleh :
Layari laman web bpr.hasil.gov.my
Email : bpr@treasury.gov.my
Talian hotline : 1-800-88-2747
0 Comments